Home > Bahasa Melayu
NBD, UK Kukuhkan Hubungan Strategik
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Utusan Perdagangan Perdana Menteri United Kingdom kepada Negara Brunei Darussalam, Myanmar dan Thailand, Tuan Yang Terutama Mark Garnier M.P.
August 11th, 2022 | 10:54 AM |
395 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Utusan Perdagangan Perdana Menteri United Kingdom kepada Negara Brunei Darussalam, Myanmar dan Thailand, Tuan Yang Terutama Mark Garnier M.P.
Pada Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama telah berbincang mengenai hubungan dua hala dan strategik antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan United Kingdom (UK), serta hubungan ASEAN-United Kingdom.
Menyertai bersama TYT pada Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe.
Juga hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.
Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.
UK menjadi Rakan Dialog ASEAN baharu yang pertama dalam tempoh 25 tahun pada 5 Ogos 2021 semasa NBD menjadi Pengerusi ASEAN.
NBD juga merupakan Negara Penyelaras bagi Hubungan Dialog ASEAN-UK bagi tahun 2021 hingga 2024.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]