Home > Bahasa Melayu
Bincang Hubungan Kerjasama Dua Hala Dalam Pelbagai Bidang
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Tim
August 11th, 2022 | 10:56 AM | 512 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Saleumxay Kommasith, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama dua hari untuk menghadiri Mesyuarat 3rd Joint Commission for Bilateral Cooperation di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Darussalam dan Tuan Yang Terutama berbincang mengenai hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua buah negara, termasuk dalam Bidang Pendidikan, Pertahanan, Belia dan Sukan serta Keselamatan Makanan.
Menyertai bersama Tuan Yang Terutama di Majlis Mengadap tersebut adalah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay; dan Director General of the Asia-Pacific and Africa Department, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Viroth Sundara.
Juga hadir, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]