FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Awang Abdul Hadi Johan Johan Pertandingan Fotografi


 


 August 15th, 2022  |  09:28 AM  |   371 views

KIARONG

 

Awang Abdul Hadi bin Abdul Rahim muncul johan Pertandingan Fotografi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Tahun, dianjurkan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir dan Kumpulan Belia Masjid Beliawanis (Syababurroja), Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

 

Dengan mendapat markah keseluruhan 74.22 peratus, johan menerima hadiah wang tunai berjumlah BND300 dan juga sijil.

 

Manakala naib johan dimenangi oleh Haji Abdul Mu'ein bin Awang Yahya, mendapat markah 74.10 peratus dan membawa pulang hadiah wang tunai BND250 dan sijil.

 

Tempat ketiga pula diraih oleh Abi Al'Ash bin Haji Jaafar dengan mendapat markah 72.64 peratus sekali gus menerima hadiah wang tunai BND150 dan juga sijil.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri yang juga hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penyampaian yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, di sini.

 

Pertandingan Fotografi dengan tema 'Raja untuk Rakyat, Rakyat untuk Raja' itu telah disertai seramai 25 orang yang telah diadakan bermula 11 hingga 31 Julai 2022 lalu, dengan tujuan untuk memupuk rasa cinta dan taat setia kepada raja yang juga pemimpin Negara Brunei Darussalam.

 

Selain mengekspresikan rasa berterima kasih, pertandingan juga untuk memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Tahun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10