Home > Bahasa Melayu
COVID-19 : 545 Kes Disahkan Sembuh
August 15th, 2022 | 09:41 AM | 295 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak 545 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 214,142.
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak dua kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Sementara itu, tidak ada kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Bagi Program Vaksinasi setakat 14 Ogos 2022, sebanyak 81.8 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 55.1 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Sementara itu, sebanyak 76.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 8.5 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]