Home > Bahasa Melayu
Kongsi Isu Bencana Semasa, Strategi Pengurusan Bencana Sedunia
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, mewakili delegasi dari Negara Brunei Darussalam pada persidangan antarabangsa, iaitu Asia-Pacific Ministerial Conference On Disaster Risk Reduction y
September 23rd, 2022 | 10:20 AM |
287 views
BRISBANE, AUSTRALIA
Negara Brunei Darussalam menerusi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan telah menghadiri persidangan antarabangsa, iaitu Asia-Pacific Ministerial Conference On Disaster Risk Reduction yang diadakan selama empat hari di Brisbane, Australia.
Persidangan berkenaan merupakan anjuran bersama United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) dan Kerajaan Australia yang bermula pada Isnin, 19 September 2022 yang akan mengetengahkan isu bencana semasa dan strategi pengurusan bencana sedunia.
Persidangan pada kali ini merangkumi beberapa acara termasuk sesi Ministerial Forum, High-Level Dialogue, Thematic Sessions, simposium dan pameran.
Lebih daripada 3,000 peserta daripada 40 buah negara telah menyertai persidangan berkenaan secara fizikal dan alam maya.
Persidangan pada tahun ini melibatkan penyertaan daripada menteri-menteri yang bertanggungjawab bagi pengurusan bencana serta para pegawai kanan kerajaan serantau, ketua-ketua agensi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi antarabangsa, institusi penyelidikan, agensi-agensi media, badan-badan sukarelawan antarabangsa serta badan-badan bukan kerajaan antarabangsa.
Persidangan berkenaan dimulakan dengan Ministerial Forum yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pengurusan Kecemasan Australia dan Special Representative of the Secretary-General For Disaster Risk Reduction, Ms. Mami Mizurtori, Tuan Yang Terutama, Mr. Murray Watt.
Mewakili delegasi dari Negara Brunei Darussalam (NBD), Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, yang turut disertai Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Salminan bin Haji Burut.
Yang Berhormat juga berkesempatan membuat kunjungan muhibah bersama Tuan Yang Terutama Mr. Murray Watt.
Persidangan juga mengongsikan pengalaman dalam memenuhi dan melaksanakan komitmen mereka terhadap kerangka Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030 dan NBD membangkitkan kepentingan penyelarasan dan pengukuhan pengadaptasian perubahan iklim serta pengurangan risiko bencana di peringkat kebangsaan.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam laporannya telah menyampaikan komitmen NBD untuk menyelaraskan dasar pengurusan bencana kebangsaan dengan dasar antarabangsa yang dipersetujui bersama, iaitu Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 telah dikongsikan.
Turut disampaikan adalah kedudukan Brunei Darussalam National Climate Change Policy, iaitu dasar kebangsaan dalam meningkatkan kapasiti untuk menangani perubahan iklim dan strategi pengadaptasian kebangsaan kepada impak yang berpunca daripada perubahan iklim bagi jangka masa panjang.
Ini termasuklah 'strategi whole-of-nation approach' yang turut melibatkan peranan masyarakat, akar umbi dan pelbagai sektor agensi swasta untuk mendukung usaha kerajaan dalam menangani impak daripada perubahan iklim ke arah pembangunan sosioekonomi yang mampan juga diketengahkan.
Dalam sesi yang berasingan, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin serta para pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan NDMC juga telah menghadiri beberapa High-Level Dialogue dan Thematic Sessions yang memberikan peluang bagi para peserta untuk menimba pengetahuan dan juga berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan bencana melalui platform yang interaktif.
Asia-Pacific Ministerial Conference On Disaster Risk Reduction merupakan persidangan sekali dua tahun anjuran UNDRR bagi mengetengahkan isu dan strategi pengurusan risiko dan bencana antarabangsa.
Tema persidangan pada tahun ini adalah 'From Crisis to Resilience: Transforming the Asia-Pacific Region's Future Through Disaster Risk Reduction'.
Ia memberikan tumpuan kepada tiga 'pillars', iaitu Investing in Resilience and Prepardness; Shock-Proofed Infrastructure and System; dan Resilient Communities.
Thematic Sessions yang berkaitan termasuk Disaster Financing, Infrastructure Resilience dan juga Community Empowerment yang menjadi topik-topik utama di sepanjang minggu persidangan.
Asia-Pacific Ministerial Conference On Disaster Risk Reduction berakhir pada Khamis, 22 September 2022.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]