FacebookInstagramTwitterContact

 

People's Representatives Invite People To Traffic Orderly           >>           Grand State Maulidur Rasul Procession In Miri To Involve 7,600 Participants           >>           All Except Three Sabah Districts Record New Infections           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Attapeu Municipality Flooded           >>           Elon Musk Asked To Provide Satellite Internet For Myanmar Fight Against Junta           >>           PH Ranks 59th At GII 2022, Still Recognized As An ‘Extraordinary Upward Mover’ – DOST           >>           Former KPK Officials To Defend Sambo, Wife Against Premeditated Murder           >>           Lower Electricity Tariffs From October To December After 6 Consecutive Hikes           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:41AM

Subuh

: 04:51AM

Syuruk

: 06:08AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:11PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:12PM

Isyak

: 07:21PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa Tri-Nation Buka Tirai


BERANGKAT menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim

 


 September 23rd, 2022  |  10:30 AM  |   194 views

BERAKAS

 

Skuad Negara Brunei Darussalam tewas 3-0 menentang Maldives dalam Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa Pertama Siri Tri-Nation yang membuka tirai perlawanannya di Belapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, petang tadi.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, di bawah Pasukan Bola Sepak Kebangsaan B16.

 

Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj.

 

Pada separuh masa pertama perlawanan, pemain kebangsaan negara pada awalnya kelihatan agak lambat memantapkan permainan namun pada akhirnya berjaya melakukan beberapa siri serangan dan mengatur strategi permainan dengan baik.

 

Walau bagaimanapun, pasukan negara masih gagal menjaringkan sebarang gol memandangkan pasukan lawan menguasai pertahanan mereka dengan baik.

 

Tatkala memasuki minit ke-36, pemain Maldives, Ibrahim Waheed Hassan membuka tirai jaringan dan seterusnya mengekalkan permainan sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

 

Memasuki separuh masa kedua perlawanan, pasukan negara masih kekal aktif melakukan serangan bertubi-tubi, namun masih gagal mencatatkan sebarang gol, sekalipun telah dianugerahkan peluang sepakan penalti di separuh masa kedua itu, namun gagal disempurnakan oleh Hendra Azam.

 

Nasib belum menyebelahi pasukan negara apabila pemain Maldives, Hamza Mohammad pula berjaya menjaringkan gol kedua pasukan negara mereka di minit ke-73 perlawanan dan sekali lagi gol penamat dijaringkan oleh Hassan Raif Ahmed di tiga minit terakhir masa tambahan sebelum wisel penamat dibunyikan.

 

Perlawanan seterusnya, Maldives dijadualkan akan bertemu Laos pada Sabtu ini, 24 September, jam 4.00 petang di tempat yang sama.

 

Pasukan Kebangsaan NBD kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih Kebangsaan yang baharu, Mario Rivera Campesino, justeru perlawanan persahabatan antarabangsa ini sangat penting dan dihasrat akan dapat membantu semua negara yang terlibat untuk meningkatkan kedudukan FIFA mereka, memandangkan NBD kini pada kedudukan 190, Maldives pada 156 dan Laos 183.

 

Dalam pada itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang dengan memberikan sokongan kepada para pemain.

 

Tiket-tiket perlawanan boleh dibeli di Rumah FABD sekarang, di mana satu perlawanan untuk BND10, sementara dua perlawanan untuk BND18.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


All Except Three Sabah Districts Record New Infections

 2022-09-30 15:00:05

Abortion: India Supreme Court Says Amended Law To Cover Single Women Too

 2022-09-30 13:39:20

Asian Equities Slide As Global Selloff Deepens: Markets Wrap

 2022-09-30 11:46:49