Home > Headline
Perutusan Tahniah Sempena Pelantikan Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi Baharu
September 30th, 2022 | 11:13 AM | 679 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada His Royal Highness Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi yang baharu.
Dalam titah perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap His Royal Highness akan mencapai kejayaan dalam menyandang tugas yang baharu ini dan ingin mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama yang bermanfaat antara kedua-dua buah negara dan rakyat sebagai rakan kongsi serantau dan antarabangsa.
Pada mengakhiri perutusan berkenaan, baginda berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga His Royal Highness dan semua ahli kerabat diraja sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan kebahagiaan serta rakyat Arab Saudi akan sentiasa menikmati kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]