Home > Bahasa Melayu
199 Kes Sembuh, Tidak Ada Kes Dalam Kategori 5
October 3rd, 2022 | 18:04 PM | 214 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak 199 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh menjadi 226,151.
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, hari ini, tidak ada kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan, di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Sementara itu, satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Manakala bagi Program Vaksinasi setakat 2 Oktober 2022, Sejumlah 85.4 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sejumlah 61.5 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Sejumlah 78.5 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 10.5 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]