Home > Bahasa Melayu
Ekspo Souq Al-Qudwah Labuh Tirai
October 4th, 2022 | 12:33 PM | 343 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pameran dan jualan di Ekspo Souq Al-Qudwah diteruskan lagi bagi hari keempat dan terakhir semalam dengan aktiviti-aktiviti untuk memeriahkan lagi Ekspo, yang berlangsung di OneCity Shopping Centre, Kampung Sungai Hanching.
Antara pengisian aktiviti ekspo pada hari tersebut ialah Azan secara Live; peraduan-peraduan bagi para pengunjung ekspo, seperti Mewarna, Menulis Jawi, Menulis Khat, peraduan Membaca Jawi, Membaca Sayyidul Istighfar, Menghafal Selawat Tafrijiyyah; dan Persembahan Tausyeh Belia daripada Firqah Raudhatul Munawwarah.
Ekspo Souq Al-Qudwah 3.0 berakhir malam semalam itu turut dihadiri oleh Pemangku Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Dayang Dr. Hajah Rohanita binti Haji Yaakub selaku tetamu kehormat.
Atur cara Majlis dimulakan dengan Bacaan Sayyidul Istighfar, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Dayang Nuraini binti Muhd. Amlee.
Majlis turut diselanjurkan dengan Penyampaian Sijil kepada usahawan-usahawan yang menyertai Ekspo Souq Al-Qudwah 3.0.
Antara usahawan yang turut menyertai ekspo jualan dan pameran ialah Ahli-ahli Konsortium Mualafpreneurs, Belia Muallaf As-Syahadah, Kedai buku PDI, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Ahli-Ahli Penerima Agihan Zakat Majlis Ugama Islam (MUIB) dan (PROPAZ), di bawah Program Pengupayaan Asnaf Zakat Usahawan Bekarih Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kaligrafi Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rakan Seliaan dan INSAF, Program BIBDSEED dan Transformasi Satu Kampung Satu Produk (1K1P).
Majlis diakhiri dengan Doa Penutup majlis, dipimpin oleh Pegawai Pelajaran Ugama, Awang Haji Badaruddin bin Haji Basar, seterusnya Dikir Syarafil Anam beramai-ramai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]