FacebookInstagramTwitterContact

 

Cabbage: A Cancer-Fighting Nutritional Powerhouse You Should Eat More Of           >>           Staying Hydrated: Why ELECTROLYTES Matter In Summer And How To Get Them           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Why Hailey Bieber's New Rhode Lipgloss Belly Chain Has The Internet Divided           >>           Rihanna And A$AP Rocky's Son RZA Studying French At Age 3           >>           Meta Is Reportedly Training Its AI Chatbots To Send Unprompted Messages           >>           Here Are The Letters That Let Apple And Google Ignore The Tiktok Ban           >>           Spain Ease Past Portugal To Start Women's Euros Campaign           >>           Arianna Caruso Goal Gives Italy Win Over Belgium At Euros           >>           Claire Hutton Scores First USWNT Goal In Win Over Canada           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Undi, Pilih Calon Penghulu, Ketua Kampung


 


 October 24th, 2022  |  10:56 AM  |   308 views

TUTONG

 

Calon tunggal bagi jawatan Penghulu Mukim Telisai, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin menerima sejumlah 773 undi setuju setelah diadakan Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Telisai pada Jumaat, 21 Oktober dan juga hari ini. Sementara itu, 44 undi adalah tidak setuju dan 12 undi rosak.

 

Majlis diteruskan lagi pada hari ini, turut menyaksikan calon Ketua Kampung Bukit Beruang dan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang (Asal), Awang Moksin bin Haji Moktar menerima 349 undian setuju, dibandingkan dengan satu undi tidak setuju dan dua undi rosak.

 

Beliau berusia 53 tahun dan pada ketika ini bertugas sebagai Imam Tingkat IV di Jabatan Hal Ehwal Masjid serta memangku jawatan Ketua Kampung Bukit Beruang dan RPN Bukit Beruang (Asal).

 

Calon Ketua Kampung RPN Bukit Beruang Kawasan 3, Awang Azman bin Haji Ismail pula menerima 106 undian setuju, tanpa ada undian tidak setuju dan undi rosak.

 

Beliau berusia 49 tahun dan merupakan Pemangku Ketua Kampung RPN Bukit Beruang Kawasan 3. Pengundian menggunakan kaedah kertas undi (ballot papers) dan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK.

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Telisai, Calon Ketua Kampung Bukit Beruang dan RPN Bukit Beruang (asal) dan Calon Ketua Kampung RPN Bukit Beruang Kawasan 3 tersebut telah berlangsung secara serentak di Dewan Kemasyarakatan RPN Bukit Beruang.

 

Keputusan Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim Telisai, Ketua Kampung Bukit Beruang dan RPN Bukit Beruang (Asal) dan Ketua Kampung RPN Bukit Beruang Kawasan 3 akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Amirul Hadi bin Haji Md. Tajudin selaku Pengerusi Majlis.

 

Turut hadir, Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua Kampung dan Pemangku-pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Telisai beserta penduduk kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Curious Case Of The British Jet Stuck In India

 2025-07-04 10:31:57

What Have Tariffs Really Done To The US Economy?

 2025-07-04 11:01:58