FacebookInstagramTwitterContact

 

Struggling Mum Living Off Food Stamps Now Making £100,000 A Month           >>           Pete Davidson And Emily Ratajkowski Attend New York Knicks Game Together           >>           Gisele Bündchen Shows Support After Ex Tom Brady Pays Tribute To His Son Jack Following Divorce           >>           Inside Madison Lecroy And Brett Randle's Lavish Honeymoon In Singapore And Bali           >>           Cameroon Don't Feel 'Burden' Of Eto'o Final Prediction – Song           >>           Croatia's Andrej Kramaric Jibes Back At Canada Coach After World Cup Win           >>           Man United Consider Christian Pulisic Loan In January To Replace Cristiano Ronaldo – Sources           >>           Qatar Fans Hold Mesut Ozil Signs At World Cup In Response To Germany Protest           >>           Germany Earn Dramatic Draw With Spain On Late Fullkrug Strike           >>           World Cup 2022: Iran Complain To Fifa Over Flag Change On Social Media By US           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Food Street by Yayasan Complex
June 1st, 2022 | 15:00 PM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:39 AM

Subuh

: 04:49 AM

Syuruk

: 06:12 AM

Doha

: 06:36 AM

Zohor

: 12:09 PM

Asar

: 03:31 PM

Maghrib

: 06:04 PM

Isyak

: 07:17 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Komuniti Perniagaan Terus Maju, Mainkan Peranan Majukan Negara


 


 November 22nd, 2022  |  12:59 PM  |   189 views

JERUDONG

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Brunei Shell Marketing Company Sdn. Bhd. (BSM) berkenan mengurniakan penganugerahan kepada sembilan kategori pada The Chairman's Awards 2022 malam tadi.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Dewan Indera Samudra, The Empire Brunei dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Majlis dimulakan dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

 

Dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyembahkan BSM begitu teruja untuk memperkenalkan The Chairman's Award yang dikhususkan bagi rakan kongsi bagi meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi.

 

Menurutnya, anugerah tersebut bertujuan untuk memupuk kerjasama, menggalakkan dialog, dan memacu keterujaan dalam kalangan peneraju (players) dalam ekosistem BSM dan pihaknya juga melahirkan penghargaan kepada para pelanggan dan negara dengan menyediakan produk terkini dan pengalaman pelanggan.

 

Selain itu, pihak BSM juga mengetengahkan beberapa kategori untuk mengiktiraf prestasi utama yang penting kepada perniagaan runcit dan komersial seperti HSSE, jualan dan operasi. Bidang-bidang tersebut merupakan asas kepada industri yang telah diceburi.

 

Selain itu, tambahnya, BSM juga mempunyai beberapa kategori lain yang melihat kecemerlangan dalam bidang seperti pemasaran, Tanggungjawab Sosial Korporat dan perkhidmatan pelanggan.

 

Terdahulu, Awang Muhammad Norshafiee menyatakan, dua tahun kebelakangan ini merupakan masa yang agak mencabar bagi negara namun dengan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta pihak kerajaan dan orang ramai amnya telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mengharungi pandemik dan menyertai banyak negara dalam menuju ke arah pemulihan dalam tempoh endemik baik dari segi sosial mahupun ekonomi.

 

Jelasnya, walaupun menghadapi cabaran, komuniti perniagaan di negara ini terus maju sambil memainkan peranan mereka dalam memajukan negara.

 

Seterusnya, Majlis Penganugerahan yang mana mengumumkan Best LPG Operational Excellence diberikan kepada Muara Gas Company, manakala Stesen Minyak Pekan Muara dianugerahkan sebagai Most Improved Retail Operational Performance.

 

Sementara Anugerah Best Retail Operational Excellence ialah Stesen Minyak Cahaya Perusahaan Pakatan Tutong dan Dayang Nor Azimah binti Haji Ibrahim dari Stesen Minyak Shahryza Bunut dianugerahkan sebagai Best Retail Service Champion.

 

TK Asco Enterprise mendapat Milestone Award for Shell Lubricants dan NBT Brunei Sendirian Berhad diberikan Anugerah Highest Commercial Business Growth dan Best Corporate Social Responsibility.

 

Sementara Boustead Sendirian Berhad pula diberikan Anugerah Best Commercial Operational Excellence dan Best Marketing Campaign.

 

Pada majlis tersebut juga, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah dan seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama para penerima anugerah.

 

Juga hadir, Timbalan-timbalan Menteri Kabinet serta Lembaga-lembaga Pengarah BSM dan juga rakan kongsi perniagaan BSM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


DBKK Developing Online License Application System

 2022-11-27 11:32:28

Taiwan's President Tsai Ing-Wen Quits As Party Chair After Local Elections

 2022-11-28 11:28:04

Jaguar Land Rover Cuts Output At UK Factories Due To Chip Shortage

 2022-11-26 13:38:29