FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bentuk Belia Jadi Penggerak, Pelaksana Projek Yang Baik, Teratur


 


 November 25th, 2022  |  11:23 AM  |   316 views

TUTONG

 

Sebanyak lima kertas kerja dibentangkan pada Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia 2022 : Pengurusan Projek Belia, hasil buah fikiran 24 belia lelaki dan perempuan yang telah menyertai kursus berkenaan selama dua hari.

 

Kertas-kertas kerja tersebut dibentangkan oleh lima kumpulan yang mencadangkan aktiviti-aktiviti untuk memperkasa belia melalui berniaga, perkhemahan, menambah ilmu, memperbaiki diri dan juga mengutip dana untuk beramal.

 

Kumpulan Kampung Merimbun berharap dapat menjalankan bazar perniagaan dan aktiviti riadah di sekitar Tasek Merimbun melalui projek mereka 'Suasana Merimbun', manakala Kumpulan Kampung Tanjong Maya berniat untuk menjalankan projek 'Perkhemahan Nilai Murni Belia' untuk membantu mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan belia melalui perkhemahan yang diisikan dengan ceramah dan aktiviti berkumpulan.

 

Sementara itu, Kumpulan Kampung Kuala Ungar pula berhasrat untuk mengumpul dana bagi membina rumah amal di kawasan Kampung Kuala Ungar bagi mengumpulkan bantuan makanan asasi terutama semasa musim banjir.

 

Bagi meningkatkan kesedaran para belia dalam ilmu berkaitan Fardu Kifayah dan pengurusan jenazah, Kumpulan Kampung Penabai berharap akan dapat menjalankan projek mereka, 'Bengkel Fardu Kifayah' untuk belia-belia yang berminat, manakala Kumpulan Bukit Bendera bakal menganjurkan 'Kem Belia Maritah Bergabung' untuk meningkatkan kesedaran kepada para belia mengenai hidup bermasyarakat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly.

 

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah, Jabatan Daerah Tutong, Awang Ajmin bin Haji Meludin.

 

Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia 2022 : Pengurusan Projek Belia merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Persatuan Society for Community, Outreach & Training (SCOT) selaku Rakan Strategik berlangsung di Pusat Belia, Daerah Tutong.

 

Penyertaan dibukakan kepada belia-belia berusia 18 hingga 35 tahun di Daerah Tutong dan Daerah Belait yang bergiat aktif dalam pergerakan dan persatuan belia sama ada Kelab Belia, Kumpulan Belia Masjid, Belia Majlis Perundingan Kampung (MPK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan usahawan sosial.

 

Pada tahun ini, Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia buat julung-julung kalinya mengetengahkan pengenalan asas pengurusan projek belia sebagai salah satu inisiatif bagi menggerak dan mengaktifkan persatuan dan pergerakan belia.

 

Sebelumnya, sesi pertama telah diadakan bagi belia Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong pada 9 dan 10 November 2022 bertempat di Pusat Belia, Daerah Temburong dan majlis hari ini merupakan sesi kedua iaitu bagi belia Daerah Tutong dan Daerah Belait.

 

Penganjuran kursus bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan asas dalam pengurusan projek khususnya dalam membuat kertas kerja, peruntukan, garis masa dan laporan, di samping membentuk belia menjadi penggerak dan pelaksana projek yang baik dan teratur serta meningkatkan kebolehan belia untuk bekerja secara berkumpulan.

 

Dengan bimbingan, dorongan dan latihan yang diberikan melalui kursus ini, JBS berharap ia dapat membantu dan seterusnya menyuntik semangat para belia untuk terus bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan teratur dan bersistematik, di samping bergerak rapat dengan KKBS selaku rakan strategik dalam membangun dan memperkasa belia di negara, ini khususnya dalam mencapai matlamat Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10