FacebookInstagramTwitterContact

 

Participate in ASEAN Conference           >>           Informative Society Programme           >>           Politeknik Brunei Orientation Week for the 15th Intake           >>           Excellent Student Certificate Presentation Ceremony           >>           Fishermen's Day           >>           Rhythmic Speech Competition           >>           Panel Discussion on Workplace Safety           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           3rd ASEAN Forum: The Future of Finance           >>           Brunei TV Service's Golden Jubilee           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Tinggal Lebih Masa : Warga Bangladesh Dipenjara, Sebat


 


 November 25th, 2022  |  11:25 AM  |   1293 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum penjara lima bulan dan tiga sebatan atas tuduhan tinggal melebihi masa di negara ini.

 

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman terhadap Yusuf, 38 tahun yang mengaku bersalah kerana tinggal selama 487 hari setelah Pas Imigresen mansuh di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 dan di bawah Seksyen 15 (2) (b) akta yang sama.

 

Mengikut pertuduhan, pada 16 November 2022 kira-kira jam 8.45 pagi, defendan telah menyerahkan diri kepada Seksyen Penguatkuasaan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memohon untuk dikembalikan semula ke negara asal. Bagaimanapun, didapati Pas Pekerjaan telah tamat tempoh.

 

Defendan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan mendapati defendan telah memasuki Negara Brunei Darussalam pada 30 Januari 2020 di bawah tajaan S&H Sdn. Bhd. sebagai pekerja pembinaan.

 

Defendan kemudiannya telah diberikan Pas Sementara yang kekal sah sehingga 16 Julai 2021. Defendan mengaku dia mempunyai pasport bersamanya sepanjang masa dan mengetahui mengenai tempoh sah Pas Pekerjaannya.

 

Walau bagaimanapun, pada tahun 2020, defendan telah melarikan diri dari majikannya S&H Sdn. Bhd. dan mula bekerja di sebuah kedai serbaneka di Kampung Kiarong untuk menyara kehidupannya di negara ini.

 

Majikannya kemudian membuat laporan polis pada 3 Oktober 2020 dan kemudian dilaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JIPK pada 7 Januari 2021.

 

Defendan, sebagai warga asing yang sepatutnya memastikan status imigresennya di Negara Brunei Darussalam kekal sah tetapi malah defendan telah gagal berbuat sedemikian dan juga gagal melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan berhubung Pas Kerja sehingga defendan menyerahkan diri.

 

Defendan tanpa sebab yang munasabah telah kekal tinggal di Negara Brunei Darussalam secara menyalahi undang-undang selepas tamat tempoh Pas Kerja pada 17 Julai 2021 sehingga 16 November 2022.

 

Dalam rekod defendan adalah pesalah pertama di bawah Akta Imigresen.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Adi Yusra bin Haji Adanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58