FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Khatam Al-Quran 52 Kali Sempena Penukaran Nama BSB


 


 November 25th, 2022  |  11:52 AM  |   143 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan (BSB) Ke-52 bagi Tahun 2022 disemarakkan dengan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara, hari ini.

 

Seramai 612 orang telah hadir mewakili peserta yang terlibat dalam pembacaan 52 Kali Khatam Al-Quran yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan, penuntut-penuntut institusi-institusi pengajian tinggi, pihak swasta, perkumpulan dan orang perseorangan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Bacaan Khatam telah dipimpin oleh Imam Masid Omar 'Ali Saifuddien, Mohd Hasnal bin Haji Mohammad sementara bacaan Takhtim dan Doa Khatam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dalam kawasan BSB.

 

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang diungkayahkan oleh Jabatan Bandaran BSB yang berbentuk keagamaan yang diharap akan dapat menambah nilai kepada Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Ke-52 pada tahun ini.

 

Inisiatif ini adalah juga bagi memperkembangkan lagi usaha berterusan untuk memperkukuhkan ugama Islam kepada BSB dengan imej yang baik dan indah, lebih-lebih lagi sesuai dengan sifatnya selaku Bandar Negara Melayu Istam Beraja atau Bandar Negara Zikir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58