FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lakastah Ke Karnival KNK


 


 November 26th, 2022  |  12:17 PM  |   190 views

SERIA

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan sedang menganjurkan Karnival Kenali Negara Kitani (KNK), bermula 25 hingga 27 November 2022, bertempat di Pusat Insani, Seria.

 

Karnival KNK bertujuan untuk mempromosikan kempen KNK, sekali gus mempromosikan produk-produk dan pakej-pakej pelancongan domestik, khususnya daripada agensi-agensi pelancongan, perhotelan dan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan sebagai persediaan bagi penggal cuti persekolahan Disember.

 

Karnival KNK kali ini diadakan dengan kerjasama Darussalam Enterprise (DARe) untuk mempromosikan produk tempatan, khususnya syarikat mikro, kecil dan sederhana yang menyediakan pelbagai produk-produk tempatan, seperti makanan, minuman, fesyen, barang kosmetik dan kraf tangan.

 

Karnival ini adalah sebagai usaha berterusan Jabatan Kemajuan Pelancongan untuk mempromosikan kempen KNK yang pertama kalinya dilancarkan pada tahun 2006, di mana ia adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan mengenai produk-produk pelancongan yang terdapat di negara ini.

 

Sebanyak 25 agensi dan syarikat menyertai Karnival KNK, di mana 14 daripadanya, terdiri daripada agensi-agensi pelancongan, hotel dan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan dan 11 syarikat di bawah DARe.

 

Pelbagai aktiviti menarik juga diadakan untuk orang ramai dan pengunjung, antaranya permainan interaktif, seperti 'charades', 'mix & match', 'carnival games', kuiz, aktiviti mewarna dan banyak lagi.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang ke Karnival KNK, bermula Jumaat, 25 November hingga Ahad, 27 November 2022, di Pusat Insani, Seria untuk menempah pakej-pakej istimewa sempena musim cuti persekolahan ini dan menyokong industri pelancongan dan kepada pengusaha syarikat mikro, kecil dan sederhana.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang, 'bruneitourism.com/knk' atau instagram, '@info.bruneitourism'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10