FacebookInstagramTwitterContact

 

You-C1000 Basketball Cup 2025           >>           Update on Pipe Maintenance Work           >>           Tadabbur Programme           >>           Twinning Programme           >>           Summer Leadership Programme           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           MoA Signing           >>           Presentation of Long Service Medal, Ministry of Development           >>           Ilal Hijrah Celebration           >>           Brunei Business Conference 2025, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cungkil Bakat Muda Sebagai Pelapis Generasi Pembawa Zainul Quran


 


 November 27th, 2022  |  07:45 AM  |   144 views

RIMBA

 

Kumpulan Masjid Kampung Telisai Tutong dan Kumpulan Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) masing-masing menjadi johan bagi Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan pada Pertandingan Zainul Quran Bagi Belia dan Dewasa Masjid, Surau dan Balai Ibadat Peringkat Senegara bertempat di Masjid RIPAHS, Kampung Rimba.

 

Pertandingan berkenaan adalah anjuran Masjid RIPAHS dan Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim yang juga turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

 

Sebanyak dua kategori dipertandingkan, iaitu Kategori A (Bebas Lelaki) yang disertai oleh sebanyak sembilan pasukan terdiri daripada para pegawai masjid, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, belia masjid dan orang ramai.

 

Manakala bagi Kategori B (Bebas Perempuan), sebanyak empat buah pasukan menyertainya yang terdiri daripada kumpulan muslimah, beliawanis masjid dan orang ramai.

 

Pertandingan berkenaan bertujuan untuk mencungkil bakat muda sebagai persediaan menjadi pelapis generasi pembawa Zainul Quran agar tidak hilang di telan zaman sekali gus meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta kefahaman para belia dan orang ramai mengenai corak persembahan Zainul Quran yang kurang dikenali termasuk dari segi lagu dan irama Zainul Quran.

 

Selain itu, ia adalah untuk menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

 

Melalui acara berkenaan juga dihasratkan dapat memberi kefahaman mendalam lagi tentang lagu dan irama Zainul Quran di samping menggalakkan orang ramai untuk suka ke masjid.

 

Pertandingan berkenaan diharapkan akan dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan peserta selain mencungkil bakat yang tersedia ada dan terpendam.

 

Ia juga dihasratkan agar para peserta memberikan persaingan yang sihat dan menambah lagi minat bagi mendalami ilmu Zainul Quran sekali gus menjadikan masjid bukan sahaja tempat beribadah sahaja malahan tempat menimba ilmu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Singapore Police Can Now Seize Bank Accounts To Stop Scams

 2025-07-02 00:55:12

The Global Environmental Award Hit By Accusations Of Greenwashing

 2025-07-01 02:16:56