FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Promosi Seni Mempertahankan Diri Kepada Masyarakat


 


 January 9th, 2023  |  09:58 AM  |   1482 views

​SUNGAI KEBUN

 

Pusat Promosi Kesihatan (PPK), Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Perubatan Jerudong Park Gleneagles (Gleneagles JPMC) dan Rengokai Karate Brunei Darussalam (RKBD) selaku Duta Kegiatan Fizikal, hari ini mengadakan acara 'Latihan Gabungan Bersama RKBD Keiko Hajime 2023', di bawah program Happy Environment and Lifestyle (HEAL), bertempat di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

 

Latihan berkenaan bertujuan untuk mempromosi dan menggalakkan sukan karate sebagai seni mempertahankan diri dalam kalangan rakyat Negara Brunei Darussalam sebagai pilihan dalam kegiatan fizikal dan juga pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).

 

Selain itu juga, ia adalah untuk mempamerkan faedah atau kelebihan sukan karate dari segi mental dan juga fizikal terutama sekali kepada kanak-kanak bermula daripada usia muda lagi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pengurus Perhubungan Awam Gleneagles JPMC, Pengiran Nor Ikhsan binti Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh dan wakil dari Kedutaan Rasmi Jepun, Timbalan Ketua Misi, Suda Atsushi.

 

Pelbagai aktiviti menarik diungkayahkan seperti gaya asas dan Kata Shotokan, sesi aerobik yang dibawakan oleh Bakhtiar, permainan seperti tindak balas kon dan juga permainan Futsal.

 

Objektif lain acara berkenaan juga adalah untuk memupuk semangat persahabatan dan persaudaraan daripada semua kelab di bawah Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF).

 

Dengan adanya aktiviti atau program berkenaan, Kementerian Kesihatan berharap agar orang awam akan dapat membantu pihak PPK dan pihak yang berkepentingan dalam sama-sama menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, jantung, kanser dan sebagainya, dengan mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat kepada semua peringkat umur.

 

Dalam masa yang sama, ia juga diharapkan agar dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang awam mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10