FacebookInstagramTwitterContact

 

AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>           Formula E: The World's Fastest Electric Vehicles Could Spark Widespread Innovation           >>           Attractive Raya Envelopes           >>           Man United Should Rebuild In The Way Arsenal Have – Mata           >>           Books by Local Writers           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ketua Kampung RPN Lorong Tengah Seria Dipilih


 


 January 23rd, 2023  |  09:34 AM  |   333 views

KUALA BELAIT

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lorong Tengah Seria, Mukim Seria telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Pejabat Daerah, Seria, Daerah Belait.

 

Pengundian pada hari ini menggunakan kaedah kertas undi (ballot papers). Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada Jumaat, 20 Januari 2023 pada jam 8.00 pagi.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat; Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah selaku Ketua Kampung Bukit Sawat; Ketua Bahagian Daerah di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Dayang Jaimah binti Tuah; Penolong Pegawai Daerah Belait, Pemangku Penghulu Mukim Seria dan Pemangku Ketua-ketua Kampung di Mukim Seria, Daerah Belait.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Imam Masjid STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria, Awang Haji Noor Azhar bin Haji Harith.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pegawai Daerah Belait.

 

Calon tunggal yang layak bagi jawatan Ketua Kampung Perumahan Negara Lorong Tengah Seria, Mukim Seria ialah Awang Muhammad Syaiful Faizal bin Angas, berusia 42 tahun dan pada masa ini bertugas Guru Ugama Terlatih dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Beliau berkelulusan Sijil Perguruan Ugama dari Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

 

Seramai 61 penduduk kampung yang berdaftar dan layak mengundi telah mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan Ketua Kampung Perumahan Negara Lorong Tengah Seria, Mukim Seria.

 

Seramai 25 orang (42 peratus) telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK, dan 36 orang (58 peratus) menggunakan kertas undi (ballot paper).

 

Daripada jumlah yang telah mengundi tersebut, seramai 61 orang bersetuju dan tidak ada undi rosak.

 

Keputusan pengundian yang diperoleh akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, KHEDN bagi proses yang selanjutnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10