FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jaga Pemakanan, Amalkan Gaya Hidup Sihat


 


 January 24th, 2023  |  09:46 AM  |   208 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sememangnya meningkat dengan drastik terutama selepas pandemik COVID-19.

 

Walaupun pada peringkat awal, ramai agak sukar untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta melaksanakan segala aktiviti dalam suasana normal baharu.

 

Walau bagaimanapun, kesedaran sama masih tidak berlaku dalam konteks penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, darah tinggi dan kencing manis. Sebaliknya sebahagian masyarakat terus mengamalkan pengambilan pemakanan tidak sihat termasuk mengandungi lemak, garam dan gula dalam kadar yang tinggi selain kurang aktif dan tidak bersenam.

 

Justeru, pemilihan perangi COVID-19 dan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dengan makan secara sihat adalah sangat relevan dengan suasana pandemik dan endemik penyakit kronik tidak berjangkit kerana bilangan penghidapnya semakin meningkat pada setiap tahun.

 

Definisi sihat tidak terhad kepada kesihatan fizikal semata-mata, malah meliputi kesihatan mental dan sosial.

 

Gaya hidup sihat memainkan peranan yang penting yang bermaksud kita perlu melakukan amalan tertentu seperti menjaga pemakanan dan bersenam bagi mengurangkan risiko penyakit dan kematian.

 

Antara orang ramai yang ditemu bual Pelita Brunei, Awang Mohd. Hafizal bin Hassan menjelaskan kita perlu menggalakkan amalan hidup sihat dan kesedaran penjagaan kesihatan untuk mengelak pelbagai penyakit tidak berjangkit.

 

Selain itu katanya, di hospital-hospital di negara ini juga ada menawarkan pemeriksaan kesihatan kepada orang ramai bagi tujuan pengesanan awal NCD.

 

“Biasanya, mereka yang mempunyai masalah berat badan, menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi adalah yang paling mudah untuk mendapat penyakit NCD.

 

“Para wanita juga penting untuk mendapatkan pemeriksaan ujian Pap Smear bagi mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal dan mamogram untuk mengesan barah payudara kepada wanita," ujarnya.

 

Bagi Awang Haji Muhd. Azizi bin Awang Ahmad pula menyatakan, sebagai seorang ketua keluarga adalah penting bagi beliau mengutamakan kesihatan tubuh badan diri sendiri.

 

Secara kelazimannya katanya, beliau mengamalkan gaya hidup yang aktif, antaranya dengan melakukan senaman fizikal empat ke lima kali seminggu, mendisiplinkan diri untuk mengambil pemakanan yang berkhasiat dan minum air yang mencukupi serta tidur yang cukup.

 

Menurutnya, kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat adalah untuk mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti yang menyumbang kepada pelbagai gejala kesihatan yang boleh membawa maut seperti serangan jantung, strok dan kanser.

 

“Tidak kurang juga memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar dikurniakan kesihatan yang baik dan diberikan kekuatan dalam menjalankan kehidupan seharian," tambahnya.

 

Realitinya, kurangnya kesedaran terhadap gaya hidup sihat ini, boleh meningkatkan risiko kematian.

 

Manfaat membabitkan diri dalam komuniti sihat dapat meningkatkan tahap literasi kesihatan yang membantu individu mendapatkan maklumat kesihatan, membudayakan hidup sihat, membuat kawalan kendiri sebagai tindakan awal mencegah penyakit dan menjaga kesihatan bagi mengelak komplikasi penyakit.

 

Pelaksanaan kempen berterusan dan pembabitan masyarakat sebegini dapat mewujudkan trend untuk hidup lebih sihat dan aktif hingga menjadi tumpuan semua lapisan peringkat umur demi melahirkan generasi berkualiti dan produktif.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10