Home > In The Court
Warga Tempatan Ditahan Kerana Miliki Barang Tegahan
January 28th, 2023 | 11:29 AM | 495 views
BELAIT
Akibat memiliki barang tegahan, seorang wanita, warganegara tempatan, dijatuhkan hukuman atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND6,200 atau enam bulan penjara, jika gagal membayar denda. Manakala bagi pertuduhan kedua, BND5,000 atau lima bulan penjara, jika gagal membayar denda.
Hukuman ke atas tertuduh, Nur Nadiah binti Muhammad Amiruddin @ Vidiana anak Bedendang dijatuhkan oleh Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid di Mahkamah Majistret, Kuala Belait.
Nur Nadiah @ Vidiana, berumur 29 tahun, didakwa atas kesalahan, kerana memiliki tujuh karton rokok dan sembilan paket rokok, serta tujuh botol label 5 Scotch Whisky.
Defendan mengaku bersalah dan ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) di kawasan Perumahan Teres, Jalan Mengkubok, Kampung Sungai Bakong, Lumut, Seria pada 27 Oktober 2021, jam 11.45 malam.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dan minuman keras dihukum rampas untuk diserahkan kepada kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]