Home > Bahasa Melayu
Presiden Republik Filipina Akhiri Lawatan Negara
PRESIDEN Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte semasa melintasi kawalan statik.|FOTO: PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said)
October 19th, 2016 | 11:01 AM | 905 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Selasa, 18 Okotber. - Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte berserta rombongan berlepas meninggalkan negara ini setelah menamatkan lawatan negara selama tiga hari.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) untuk mengucapkan selamat berlepas ialah oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Menteri Pengiring dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
Juga berada di LTAB, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre.
TUAN Yang Terutama bersalaman bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Menteri Pengiring dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng sebelum berlepas pulang.
Sepanjang lawatan Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte di negara ini, TYT berpeluang berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina sememangnya mempunyai hubungan persahabatan tradisi yang lama dan telah dikukuhkan lagi dengan termeterainya hubungan diplomatik yang dicapai pada tahun 1984.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]