FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat ke Majlis Sambutan HPA 2016


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-23, 2016. Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Hernie Suliana Haji Othman, Pengiran Amirulnizam Pengiran Haji Mohd. Ali)

 


 October 21st, 2016  |  10:22 AM  |   1871 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 20 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-23, 2016.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud, selaku Penasihat-penasihat Bersama Sambutan HPA dan Setiausaha Tetap di JPM, Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Ke-23.

 

201016 AD-HPA-5

 

BERANGKAT sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain diiringi dengan persembahan tausyeh dan diikuti dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

201016 AD-HPA-4

 

BERANGKAT sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

 

Bacaan Surah Al Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang dikhususkan kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam serta pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Majlis diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Qasas oleh Imam Masjid Ash-Saliheen, Awang Haji Mohammad Aslenan bin Haji Metusin manakala kesimpulan ayat pula disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

 

201016 HERNIE-HPA-1

 

BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran oleh Imam Masjid Ash-Saliheen, Awang Haji Mohammad Aslenan bin Haji Metusin manakala kesimpulan ayat pula disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

 

Setiausaha Tetap di JPM, Dato Paduka Awang Haji Yahya dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan bahawa keberangkatan Kebawah DYMM ke majlis tersebut mencerminkan keprihatinan Kebawah DYMM ke atas perkembangan perkhidmatan awam di negara ini dan kesejahteraan warga kerja kerajaan baginda.

 

Beliau mewakili bagi pihak setiap peringkat pegawai dan kakitangan kerajaan menyembahkan ikrar penuh taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah DYMM dengan azam tinggi bagi melaksanakan dasar dan wawasan baginda di bawah petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.

 

201016 HERNIE-HPA-15

 

SEMBAH alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke 23 Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris.

 

Pada majlis tersebut Kebawah DYMM juga berkenaan mengurniakan titah dan disusuli dengan persembahan tayangan klip video 'Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Progresif'.

 

Majlis itu diteruskan dengan pemakluman para penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) bagi tahun 2016, yang disembahkan oleh Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Awang Haji Abdul Manap bin Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Penilaian APCPA.

 

201016 AMIRUL-HPA-8

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat Diraja berkenan mengabadikan gambar kenang-kenangan.

 

Kemudian, acara diteruskan dengan tayangan klip video Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) bagi tahun 2016 yang mana disembahkan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Awang Aminuddin bin Haji Buntar selaku Pengerusi Panel Penilaian ACPA.

 

Seramai 43 pegawai dan kakitangan kerajaan terdiri daripada Bahagian II, III, IV dan VI dari setiap kementerian yang telah diperkenankan menerima APCPA 2016 bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah menunjukkan prestasi dan penghasilan kerja yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.

 

201016 HERNIE-HPA-35

 

DOA selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Sesuai dengan tema pada tahun ini 'Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Progresif' yang mana memberi penekanan terhadap kepentingan Perkhidmatan Awam yang berdaya maju dalam terus berusaha untuk menyediakan ekosistem dan persekitaran yang terbaik bagi rakyat di negara ini.

 

Justeru itu, anugerah tersebut diharap akan menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat bekerja dan produktiviti kerja yang lebih tinggi lagi berkualiti yang akan membawa ke arah Perkhidmatan Awam yang cemerlang.

 

201016 AMIRUL-HPA-11

 

SEBAHAGIAN daripada jemputan yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-23, 2016.

 

Para penerima APCPA 2016 bagi setiap bahagian masing-masing menerima sebuah plak, wang tunai BND1,000 serta sijil penghargaan.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada para penerima APCPA dan para pemenang ACPA sebelum berkenan untuk bergambar ramai bersama para penerima ACPA dan para pemenang ACPA tahun 2016.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10