FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Makluman Perkhidmatan Kaunter TAP Sepanjang Ramadan


 


 March 22nd, 2023  |  08:04 AM  |   115 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan ini ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter akan ditutup pada hari kelepasan awam tertakluk kepada hasil penglihatan anak bulan Ramadan 1444 Hijrah.

 

Jika 1 Ramadan jatuh pada Khamis, 23 Mac 2023, Kaunter Perkhidmatan di semua cawangan TAP ditutup pada Jumaat, 24 Mac 2023 (Kaunter cawangan Ibu Pejabat Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) sahaja) dan Kaunter Perkhidmatan di semua cawangan TAP kembali beroperasi pada  Sabtu, 25 Mac 2023.

 

Jika 1 Ramadan jatuh pada Jumaat, 24 Mac 2023, Kaunter Perkhidmatan di semua cawangan TAP ditutup pada Jumaat, 24 Mac 2023 sehingga Sabtu, 25 Mac 2023 dan Kaunter Perkhidmatan di semua cawangan TAP kembali beroperasi pada Isnin, 27 Mac 2023.

 

Manakala, waktu perkhidmatan TAP di kesemua cawangan TAP adalah seperti pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, bermula jam 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari (Kaunter Pembayaran), jam 8.15 pagi hingga 1.00 petang (Kaunter Pertanyaan, Pendaftaran dan Pengeluaran), dan jam 8.15 pagi hingga 2.00 petang (Pusat Panggilan TAP).

 

Sementara pada Jumaat, bermula jam 8.15 pagi sehingga 11.00 pagi bagi Kaunter Pembayaran; dan Kaunter Pertanyaan, Pendaftaran dan Pengeluaran. Manakala, jam 8.15 pagi sehingga 11.30 pagi bagi Pusat Panggilan TAP.

 

Urusan pendaftaran, pembayaran caruman dan lain-lain juga boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang TAP di 'www.tap.com.bn' bagi majikan dan ahli yang mendaftar sebagai pengguna e-Amanah.

 

Turut dikongsikan bahawa waktu perkhidmatan sesi konsultasi Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) di sepanjang bulan Ramadan bagi tahun 1443H / 2022M ialah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang bertempat Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

 

Manakala pada Jumaat, bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

 

Sesi konsultasi SPK yang diadakan pada bulan Ramadan ini akan bermula pada Isnin, 27 Mac 2023 sehingga Rabu, 12 April 2023 dan disambung pada Isnin, 17 April 2023 sehingga Jumaat, 21 April 2023.

 

Seperti lazimnya, ahli-ahli yang berumur 50 ke 59 tahun adalah dinasihatkan untuk menempah awal slot konsultasi dengan melayari 'https://booking.tap.com.bn' atau menerusi Pusat Panggilan TAP menerusi talian +673 2382929 semasa waktu bekerja.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian +673 2382929 semasa waktu bekerja.

 

Ikuti laman media sosial TAP melalui Facebook atau '@TAP_Brunei' melalui Instagram untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai TAP.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10