FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kadar Bantuan Tergantung Kepada Penilaian JAPEM


 


 March 22nd, 2023  |  08:52 AM  |   123 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bantuan bencana yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) sebenarnya adalah bertujuan untuk meringankan beban mangsa dan bukannya untuk mengganti sepenuhnya kerugian ataupun kehilangan mangsa yang terbabit dalam bencana seperti contoh kebakaran rumah.

 

Bagi bantuan kejadian kebakaran rumah, kadar bantuan kewangan yang diberikan adalah tertakluk kepada siasatan, penilaian dan pendekatan pihak JAPEM mengikut garis pandu yang berkuat kuasa.

 

Demikian perkongsian yang dibuat oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad dalam memberikan pencerahan kepada pertanyaan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Low How Teck pada Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19, MMN bagi hari ke-14 yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini mengenai bantuan bencana alam dan perumahan.

 

Manakala jika rumah terbabit ranap dalam kejadian, tambah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, mangsa akan diberikan bantuan kewangan pada kadar ranap sebanyak BND5,000 serta bantuan kesusahan sebagai BND200 bagi setiap mangsa dan penghuni rumah yang terbabit.

 

Jika rumah yang terbabit dalam bencana hanya mengalami kerosakan, maka bantuan kewangan yang akan diberikan adalah mengikut peratus kerosakan.

 

Contohnya peratus dari sebahagian peratus daripada jumlah keseluruhan BND5,000. Selain bantuan kewangan, bantuan catuan makanan barang keperluan asas dan bantuan penempatan sementara juga akan disalurkan kepada mangsa bencana.

 

Selain daripada pihak JAPEM, jelas Yang Berhormat, terdapat juga agensi-agensi lain yang seperti lazimnya akan menghulurkan bantuan bencana seperti pihak Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

 

“Mengenai cadangan supaya pemilik-pemilik rumah untuk mempunyai 'fire insurance cover' ataupun insurans kebakaran.

 

“Terima kasih Yang Berhormat di atas cadangan yang baik dan perkara ini adalah amat digalakkan bagi setiap pemilik rumah untuk mempunyai perlindungan insurans bagi membantu meringankan beban atau musibah di luar jangkaan kita.

 

“Bagi rumah yang dilindungi insurans, bantuan kewangan tidak akan diberikan kerana pada lazimnya segala kerugian dan kehilangan akan ditanggung pampasan oleh pihak insurans mengikut dasar polisi insurans berkenaan," tambah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika menyentuh mengenai cadangan pemilik rumah untuk mempunyai insurans kebakaran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10