Home > Bahasa Melayu
Pembinaan Jejantas Untuk Keselamatan Orang Awam
March 30th, 2023 | 07:09 AM |
130 views
JANGSAK
Tujuan pembinaan jambatan pejalan kaki (jejantas) di Kampung Jangsak adalah untuk kepentingan dan keselamatan orang awam menyeberangi jalan raya terutama sekali para jemaah Masjid Jubli Perak dan anak-anak sekolah serta para pejalan kaki.
Perkara berkenaan dijelaskan oleh Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin semasa berucap pada Majlis Doa Selamat bagi pembinaan jambatan berkenaan yang berlangsung di antara Simpang 761 hingga 779, Jalan Gadong, Kampung Jangsak, di sini.
Hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria selaku tetamu kehormat majlis.
Turut hadir, para pegawai kanan kerajaan dan konsultan serta arkitek projek.
Pembinaan jambatan berkenaan adalah atas tajaan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin sendiri dengan keizinan Kementerian Pembangunan yang menelan kos perbelanjaan sebanyak BND330,000.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]