FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Ifthar Mahabbah Perkukuh Hubungan Perpaduan


 


 April 7th, 2023  |  12:12 PM  |   126 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dan Belia Muallaf Asy-Syahadah dengan Kerjasama Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah dan Persatuan Persahabatan Brunei-China lewat petang tadi mengadakan Majlis Ifthar Mahabbah bagi Tahun 1444H bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiulap.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan bersama Datin.

 

Turut hadir ialah Rektor dari Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), kedutaan-kedutaan yang dijemput, Persatuan-persatuan Tiong Hua, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), para pegawai dan kakitangan PDI, para penuntut dari Sekolah Chung Hwa dan keluarga para mualaf yang non-Muslim dari kalangan Belia Muallaf Asy-Syahadah.

 

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Belia Muallaf Asy-Syahadah, Dayang Nurul Nadzirah binti Haji Simpon, diikuti dengan tayangan video dan taklimat ringkas mengenai Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah serta sesi lawatan sekitar masjid mengikut kumpulan masing-masing.

 

Sejurus itu, program diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Perkembangan Ugama, PDI, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidop.

 

Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada Presiden Persatuan Persahabatan Brunei-China, Dr. Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman.

 

Majlis disemarakkan lagi dengan persembahan bacaan Al-Quran dari Pemenang Qari Musabaqah Murattal Al-Quran bagi Muallaf Senegara 1444H / 2022M, Awang Muhammad Saiful Dafi bin Muhammad Suhaimi @ Suanddy bin Suhaimi, manakala tafsirannya dibacakan oleh Dayang Aisyah Afnan Lim Yen Shan (dalam bahasa Cina).

 

Kemudiannya, penerangan ringkas mengenai 'Kefahaman Tentang Puasa' disampaikan oleh Pekerja Tingkat Khas, PDI, Dayang Siti Nur Jasmin Kim.

 

Majlis diakhiri dengan bersungkai dan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Antara tujuan program diadakan adalah untuk memperlihatkan Islam adalah agama yang mementingkan hubungan silaturahim dan membuat kebaikan walaupun berlainan agama dan bangsa.

 

Di samping itu, memberi peluang kepada non-Muslim menyaksikan lebih dekat untuk mengenali ibadah yang dilakukan oleh orang Islam serta merasakan sendiri bersungkai bersama di bulan Ramadan.​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18