FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BICTA 2023 Ketengahkan Perkembangan Teknologi


 


 April 7th, 2023  |  12:14 PM  |   178 views

BERAKAS

 

Anugerah ICT Brunei (Brunei ICT Awards - BICTA) pada tahun ini terus membawa tema 'Negara Pintar Melalui Tranformasi Digital' yang menekankan kepentingan inovasi dan perkembangan teknologi baharu untuk mendukung usaha ke arah transformasi digital bagi memacu pembangunan ekonomi dan masyarakat di negara ini.

 

Pelancaran BICTA 2023 dirasmikan hari ini pada majlis yang berlangsung di Bangunan Knowledge Hub (kHUB), Anggerek Desa oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku tetamu kehormat.

 

Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof selaku Pengerusi Bersama I Jawatankuasa Pandu BICTA 2023 berkata, selaras dengan tema tersebut yang sehaluan dengan aspirasi dalam Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, BICTA 2023 akan membuat perubahan kepada kategori-kategori yang dipertandingkan sebagai usaha untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan serta membuka peluang untuk penciptaan kreativiti dan menjana inovasi dalam ICT.

 

"Jika pada tahun yang sudah-sudah, BICTA membuka penyertaan hanya bagi tiga kategori sahaja, tetapi pada tahun ini, BICTA 2023 akan mempertandingkan sebanyak 10 kategori bagi penyertaan daripada individu; pelajar-pelajar dari peringkat rendah, menengah sehingga ke peringkat pengajian tinggi; syarikat-syarikat perniagaan, agensi-agensi kerajaan dan organisasi-organisasi yang berminat.

 

"Kategori-kategori baharu yang diperkenalkan ini juga adalah selaras dengan piawaian antarabangsa serta bagi mendukung aspirasi ke arah sebuah Negara Pintar," katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis pelancaran tersebut.

 

Dalam pada itu, jelas beliau, beberapa aktiviti pembarigaan dan promosi termasuk jerayawara ke sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi, kolej-kolej tempatan serta kepada pihak industri ICT akan diungkayahkan.

 

"Seterusnya BICTA Plus Bootcamp akan terus diadakan sebagai program bimbingan dan latihan khusus bagi peserta-peserta BICTA untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka sebagai persiapan diri sebelum pertandingan.

 

"Ini semua adalah antara inisiatif yang diungkayahkan bagi membentuk persekitaran yang kondusif untuk perkembangan kreativiti dan tahap daya saing peserta, bukan sahaja sebelum bertanding, malah juga untuk tempoh jangka panjang ke arah kedayatahanan produk-produk yang terhasil dari BICTA," ujarnya.

 

Sebagai sebuah komponen di bawah Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) Awards, beliau menambah, pemenang dan peserta BICTA yang terpilih lazimnya berpeluang mewakili Negara Brunei Darussalam ke pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakan di kalangan 16 ahli ekonomi APICTA.

 

Oleh itu, katanya, pengendalian BICTA khususnya dari segi penghakiman dan kategori adalah berpandukan kepada piawaian antarabangsa di bawah APICTA.

 

"Alhamdulillah, sejak menyertai APICTA pada tahun 2002, Negara Brunei Darussalam telah memenangi sebanyak empat Anugerah Pemenang dan 29 Anugerah Merit.

 

"Adalah diharapkan penyertaan bagi BICTA tahun ini akan menonjolkan produk ICT yang berkualiti tinggi untuk bersaing dalam APICTA 2023 yang bakal diadakan di Hong Kong insyaaAllah pada penghujung tahun ini," katanya.

 

Beliau juga menyeru dan menggalakkan para pelajar dan individu yang kreatif serta para pengusaha yang mempunyai inspirasi tinggi untuk menyertai BICTA 2023 dan menyahut cabaran dalam mewujudkan inovasi dan ciptaan baharu.

 

Sejurus selepas acara pelancaran, tetamu kehormat seterusnya dijunjung untuk menyaksikan pameran mini produk-produk ICT yang pernah menyertai BICTA pada tahun-tahun yang lalu.

 

Kategori-kategori yang dipertandingkan pada tahun ini termasuk Kategori Utama melibatkan Perkhidmatan Pengguna dan Perniagaan; Khidmat Kemasyarakatan dan Keikutsertaan; serta Perindustrian, di mana pemenang masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND5,000.

 

Manakala bagi Awam dan Kerajaan akan membawa pulang Trofi dan Sijil.

 

Bagi Kategori Sekolah pula, pemenang Sekolah Rendah akan membawa pulang hadiah wang tunai BND1,000; Sekolah Menengah, BND1,500; dan Institusi Pengajian Tinggi, BND2,000.

 

Sementara pemenang Kategori Silang yang melibatkan Pemula (Start up); Penyelidikan dan Perkembangan; serta Teknologi, masing-masing akan menerima hadiah wang tunai BND5,000.

 

Tertakluk kepada kelayakan, mana-mana penyertaan dalam Kategori Utama (kecuali Kategori Sekolah) juga dibolehkan untuk menyertai salah satu daripada Kategori Tambahan yang bersesuaian dengan produk yang dipertandingkan.

 

Selain itu, BICTA 2023 turut mengetengahkan lima Anugerah Smart Nation. Anugerah ini khusus bagi penyertaan yang tidak memenangi mana-mana kategori pertandingan, tetapi telah memenuhi ciri-ciri aspirasi 'Negara Pintar Melalui Transformasi Digital' bagi meningkatkan kualiti hidup, perkhidmatan awam, pendidikan, keselamatan, mobiliti orang ramai dan untuk mencapai kelestarian alam sekitar dalam lima sektor tertentu, iaitu Pelancongan, Pertanian, Pembinaan, Logistik dan Pengangkutan; serta Pendidikan.

 

Turut diserapkan di dalam aktiviti BICTA 2023 adalah BICTA Plus Bootcamp, iaitu program bimbingan dan latihan khusus bagi peserta-peserta BICTA untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka sebagai persiapan diri sebelum pertandingan.

 

Antara topik-topik yang diketengahkan merangkumi 'ideation and validation'; perancangan perniagaan dan kewangan; strategi pemasaran, kemahiran 'pitching' dan pembentangan; serta 'design and thinking'.

 

Semua sekolah rendah, menengah serta institusi pengajian tinggi, individu, Pengusaha-pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), agensi kerajaan dan badan-badan organisasi yang mempunyai produk-produk ICT adalah dialu-alukan untuk menyertai BICTA 2023.

 

BICTA yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 merupakan acara pertandingan ICT tahunan yang dianjurkan bersama oleh MTIC, AITI dan IFB.

 

BICTA turut disokong Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan, dan Darussalam Enterprise (DARe).

 

Maklumat lanjut mengenai BICTA dan borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang BICTA di 'https://ddei5-0-ctp.trendmicro.com:443/wis/clicktime/v1/query?url=www.bicta.gov.bn&umid=0C54ECC1-F8A4-0405-9ABD-9A8D2410E1F0&auth=a5dd7243e8d5885f637f5cb287f6fc448d952f90-c89e942a38dc55fda1146c6ab45ab0501967bda0'. Tarikh akhir bagi penghantaran penyertaan adalah pada 31 Ogos 2023.

 

Bagi maklumat lanjut, pihak-pihak yang berminat boleh menghubungi Urusetia BICTA melalui e-mel di '[email protected]' atau menghubungi talian +673 2323232.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18