FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Imarah Ramadan Dengan Tadarus Al-Quran


 


 April 7th, 2023  |  12:17 PM  |   180 views

BELAIT

 

Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan Penyampaian Derma Kepada Anak-anak Yatim bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini yang berlangsung di Surau Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat dan seterusnya diselajurkan dengan Tahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan pegawai serta kakitangan hospital yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian derma kepada 14 anak yatim daripada warga kakitangan Hospital Suri Seri Begawan dan Pusat Kesihatan Belait.

 

Majlis Bertadarus Al-Quran ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di keempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini di samping dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan.

 

Turut hadir, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr. Haji Md. Khalifah bin Pengiran Haji Ismail; ketua-ketua jabatan berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18