FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


66 Anak Yatim Terima Sumbangan


 


 April 7th, 2023  |  12:19 PM  |   167 views

LUMAPAS

 

Dalam menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya berserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Kampung Lumapas, Mukim Lumapas, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya serta penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pemangku-pemangku ketua kampung dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara berserta penduduk kampung sekitarnya.

 

Majlis dimulakan dengan penyampaian wakaf berupa barangan elektrik yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Imam Masjid Kampung Lumapas, Awang Haji Ahmad bin Haji Hassan, diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada seramai 66 anak yatim dari Mukim Lumapas.

 

Acara diteruskan dengan bertadarus Al-Quran dan bacaan Tahlil serta Doa Selamat dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Lumapas dan diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

 

Antara lain, majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan di samping menjalinkan hubungan yang erat dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya dengan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan pemimpin akar umbi.​​​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18