FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Komited Perkukuh Sistem Penjagaan Kesihatan


 


 April 7th, 2023  |  12:22 PM  |   132 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah komited bagi pengukuhan sistem penjagaan kesihatan melalui prinsip Liputan Kesihatan Sejagat (Universal Health Coverage), dengan memastikan penyediaan perkhidmatan yang boleh diakses dan saksama kepada semua.

 

Pandemik COVID-19 telah membuktikan bahawa penjagaan kesihatan asasi yang kukuh adalah komponen penting bagi kesiapsiagaan di dalam menangani apa jua kecemasan terutama di dalam mendukung tindak balas dan pengurusan kecemasan tersebut.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusan bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2023.

 

Bagi Tahun Kewangan 2023 / 2024, jelas Yang Berhormat, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperuntukkan sejumlah BND418,098,270 bagi Kementerian Kesihatan dengan tema 'Kesihatan Adalah Tanggungjawab Semua' dan sejajar dengan tema belanjawan negara iaitu 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur'.

 

“Pelaburan bagi sistem kesihatan yang kukuh adalah kritikal bagi kesejahteraan sesebuah masyarakat. Meningkatkan pembiayaan awam bagi kesihatan, dan menurunkan kos 'out-of-pocket' boleh menyelamatkan nyawa dan pada waktu yang sama membantu mencapai dan memajukan Sustainable Development Goals yang tidak terhad kepada perkara berkaitan kesihatan," tambah Yang Berhormat.

 

Alhamdulillah luah Yang Berhormat, di NBD, kita sangat beruntung kerana kesemua rakyat dan penduduk di negara ini menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses di kesemua daerah, yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan.

 

Menurutnya, ini termasuklah penyediaan empat buah hospital; 14 buah pusat kesihatan yang komprehensif; enam buah klinik kesihatan; dan dua perkhidmatan klinik perubatan udara.

 

Yang Berhormat menerangkan, pusat-pusat Kesihatan yang disediakan adalah berkonsepkan One Stop Health Centre dan terletak di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

 

Pusat-pusat Kesihatan ini katanya, membolehkan penduduk setempat mendapat akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan asasi, dan perkhidmatan yang diberikan adalah berkonsepkan holistik dan 'multi-disciplinary', dengan memberikan penekanan kepada aspek pencegahan penyakit, pengesanan penyakit di tahap yang lebih awal dan pencegahan komplikasi.

 

Kementerian Kesihatan juga sedang meneliti bagi pembinaan pusat-pusat kesihatan yang baru untuk dibina di lokasi-lokasi yang memerlukannya di bawah projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN).

 

Yang Berhormat turut menggariskan, pihak Kementerian Kesihatan juga telah melipatgandakan usaha untuk memperkukuhkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran yang sedia ada di keempat-empat buah hospital kerajaan bagi memastikan pemberian rawatan dan pemulihan kepada semua penduduk di negara ini, termasuk pemberian ubatan-ubatan adalah lebih efisien, efektif dan berkualiti.

 

Langkah-langkah yang telah dilaksanakan termasuklah pembangunan infrastruktur kesihatan dan penambahbaikan dan menaik taraf fasiliti-fasiliti yang sedia ada mengikut piawaian yang telah ditetapkan dalam pengawalan dan pencegahan penyakit-penyakit berjangkit.

 

Di samping itu tekannya, beberapa projek pembangunan infrastruktur di bawah RKN sedang dilaksanakan dan juga telah dirancang bagi menambah lagi ruang bagi penyediaan perkhidmatan yang lebih komprehensif dan kondusif untuk keselesaan pekerja kesihatan dan orang ramai.

 

“Pihak Kementerian Kesihatan juga telah mengambil inisiatif dan komited dalam memperkembangluaskan perkhidmatan perubatan dalam pelbagai kepakaran sesuai dengan perkembangan teknologi dan kemahiran dalam pelbagai pengkhususan dengan perlaksanaan program-program dan teknik-teknik baru dalam memberikan rawatan dengan penggunaan peralatan-peralatan yang canggih dan terkini.

 

“Rawatan kepakaran ini bukan saja tertumpu kepada hospital-hospital kerajaan tetapi juga mudah dan dapat diakses di pusat-pusat perubatan pakar seperti Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) dan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (GJPMC)," ujarnya lagi.

 

Selain dari perkhidmatan kesihatan, Yang Berhormat menekankan persekitaran hidup yang sihat dan kondusif kepada cara hidup sihat juga boleh mengubah kehidupan manusia di mana WHO telah menyarankan bagi penambahan kadar 'health taxes' atau pencukaian ke atas tembakau, alkohol, gula dan bahan api fosil.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, NBD merupakan negara ASEAN pertama yang memperkenalkan pencukaian atau duti eksais minuman bergula yang telah dikuatkuasakan pada 1 April 2017.

 

Dalam jangka masa panjang terangnya, tindakan ini boleh mengurangkan kadar penyakit- penyakit tidak berjangkit seperti obesiti dan diabetes dalam kalangan penduduk NBD.

 

Selain dari itu, ujar Yang Berhormat, WHO juga menjangkakan kekurangan 10 juta pekerja kesihatan bagi tahun 2023-2030, oleh itu, pelaburan dalam sistem pendidikan dan penciptaan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang kesihatan adalah sangat diperlukan.

 

Kementerian Kesihatan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi juga mempunyai inisiatif bersama untuk meningkatkan pengeluaran graduan tempatan bagi menambah kapasiti tenaga kerja kesihatan.

 

Untuk mengakhiri tambah Yang Berhormat lagi, Kementerian Kesihatan menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam mengamalkan cara hidup sihat dan melibatkan diri dengan lebih aktif dalam apa jua aktiviti berkaitan dengan penjagaan kesihatan diri masing-masing, keluarga dan masyarakat.

 

Kita hendaklah bersama-sama lebih menghargai nikmat kesihatan, keamanan dan kemakmuran yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada NBD dan tidak mensia-siakan kemudahan-kemudahan yang ada.

 

Yang Berhormat berucap, marilah kita sama-sama berdoa semoga tema sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada tahun ini, iaitu 'Kesihatan Untuk Semua' akan menjadi satu realiti. Amin Yaa Rabbal 'Alamiin.​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18