FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sistem Kesihatan Berkesan Menjamin Kesejahteraan Masyarakat


 


 April 7th, 2023  |  12:23 PM  |   161 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kesihatan adalah hak asasi setiap individu di mana mereka mempunyai hak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, terbaik, mudah diakses apabila dan di mana sahaja ia diperlukan tanpa dibebani dengan isu kewangan mengikut prinsip Liputan Kesihatan Sejagat atau Universal Health Coverage (UHC).

 

Prinsip UHC menjanjikan perlindungan kewangan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan asasi yang berkualiti. UHC juga boleh mengeluarkan masyarakat itu dari kitaran kemiskinan, menggalakkan kesejahteraan keluarga dan masyarakat serta melindungi dari krisis kesihatan awam.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusan bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2023.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengongsikan bahawa 30 peratus penduduk dunia pada masa ini tidak mendapat akses ke perkhidmatan kesihatan asasi.

 

Sementara itu, jelas Yang Berhormat hampir dua bilion manusia sedang bergelut dengan masalah kewangan yang berat disebabkan oleh keperluan kesihatan mereka.

 

“Perkara ini adalah sangat ketara di kalangan kelompok penduduk berisiko atau vulnerable communities, seperti mereka yang berada di sosioekonomi rendah, warga emas dan warga minoriti," tambah Yang Berhormat.

 

Di samping akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi ujar Yang Berhormat, adanya pekerja kesihatan yang berkemahiran dan pemberian perkhidmatan kesihatan yang 'people-centred' adalah penting untuk merealisasikan visi 'Kesihatan Untuk Semua' ke arah pencapaian Liputan Kesihatan Sejagat.

 

Menurut Yang Berhormat, telah terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sistem kesihatan yang paling berkesan dan efektif dari segi kos ialah melalui pemberian perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi yang membolehkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat kepada masyarakat dan 'personalised'.

 

Terdahulu, dalam Perutusan Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyatakan Hari Kesihatan Sedunia disambut pada setiap 7 April di seluruh dunia sempena memperingati penubuhan WHO di mana tahun ini adalah genap 75 tahun usia penubuhannya.

 

Dalam pada itu, sambutan tahun ini dilihat sebagai peluang untuk mengimbas kembali kejayaan-kejayaan kesihatan awam yang telah meningkatkan kualiti hidup di sepanjang tujuh dekad yang lalu dan juga sebagai peluang untuk memotivasikan tindakan bagi menangani cabaran kesihatan pada masa ini dan masa akan datang.

 

Sehubungan dengan itu, pada tahun ini, WHO telah memilih tema 'Kesihatan Untuk Semua' (Health For All), bagi menuju ke visi yang setiap individu di dunia ini mempunyai kesihatan yang baik di dunia yang aman, makmur dan mampan.​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18