FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


3 Peserta Hafazan Perdengar Bacaan


 


 April 7th, 2023  |  12:25 PM  |   186 views

BERAKAS

 

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1444 Hijrah diteruskan lagi hari ini, bagi hari kedua dengan memperdengarkan tiga lagi peserta hafazan.

 

Para peserta bertanding bagi Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran Berserta Pemahaman Juz 24.

 

Selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1444 Hijrah, Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Awang Damit dalam ucapannya menjelaskan, Musabaqah bertujuan bagi membantu mencapai visi dan misi MABIMS seperti yang telah dipersetujui dalam Pertemuan MABIMS Ke-13 di Yogyakarta, Republik Indonesia, iaitu mewujudkan kerjasama di antara Negara-negara Anggota MABIMS.

 

“Musabaqah ini bertujuan untuk menggerakkan proses pengembangan dan penyebaran Al-Quran serta pengajarannya dalam kalangan Negara-negara Anggota MABIMS dan salah satu daripadanya ialah musabaqah menghafaz Al-Quran dan pemahamannya, di samping mengeratkan hubungan integrasi terutama dalam bidang Al-Quran dan menyatukan perpaduan ummah melalui Al-Quran yang menjadi sumber kejayaan dan kegemilangan di dunia dan akhirat," ujarnya.

 

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS merupakan salah satu projek Dwi Tahunan KHEU bertujuan menyemarakkan Hari-Hari Kebesaran Islam dan ia juga merupakan pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Musabaqah yang berlangsung di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, (ICC), di sini, ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Turut hadir, Kuasa Usaha Sementara Republik Indonesia dan Timbalan Pesuruhjaya Republik Singapura, Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, para pegawai kanan KHEU dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

 

Pengumuman keputusan Musabaqah dan pengurniaan hadiah-hadiah bagi para peserta akan diadakan pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah iaitu pada Jumaat malam Sabtu, 17 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 7 April 2023 Masihi, bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Plenary, ICC, Berakas.​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18