Home > Sports
Kontinjen E-Sports, Fencing Berlepas Ke Kemboja
May 9th, 2023 | 08:01 AM | 261 views
BERAKAS
Seramai 11 orang ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi kumpulan kelima berlepas ke Phnom Penh, Kemboja hari ini bagi menyertai acara sukan E-Sports dan Fencing di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32.
Kontinjen berkenaan terdiri daripada enam orang jurulatih dan atlet sukan E-Sports; serta lima orang jurulatih dan atlet sukan Fencing.
Hadir bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan kata-kata semangat serta nasihat kepada kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Zakaria bin Haji Serudin.
Hadir sama ialah para pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan, KKBS.
NBD menyertai 12 jenis acara sukan, termasuk acara Renang Akuatik, Karatedo, Larian Berhalangan, Pencak Silat, Petanque, Angkat Berat dan Wushu.
Kumpulan terakhir akan bertolak ke Phnom Penh, Kemboja pada Khamis, 11 Mei 2023.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]