Home > Sports
Arbisyam FC, BIBD SRC Raih 3 Mata
May 11th, 2023 | 08:15 AM | 187 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Arbisyam FC berjaya menewaskan pasukan Qahar FT 2-1 pada saingan Liga Futsal Brunei 2023 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison, semalam.
Seawal lima minit perlawanan, Arbisyam FC membolosi gawang pasukan lawan hasil sepakan Abdul Mansyor Jalilah bin Haji Ishak.
Namun pada minit ke-16, Qahar FT berjaya menyamakan kedudukan menerusi jarigan Md Noredry Effandy Safian Safuan Tullah bin Mohd Sufian
Arbisyam FC sekali lagi menjaringkan gol keduanya melalui jaringan yang dilakukan oleh Mohammad Aznil bin Md Ali pada minit ke-36.
Sementara itu, pertemuan di antara BIBD SRC dengan Street Utd menyaksikan kemenangan berpihak kepada BIBD SRC yang berkesudahan 4-3.
Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 13 Mei ini bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas yang mana perlawanan akan menyaksikan PES bertemu Almeraz FC dan kemudian, Kota Rangers bertemu GG-ISC.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]