FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kontinjen Negara Selamat Pulang Ke Tanah Air


 


 May 13th, 2023  |  07:57 AM  |   320 views

BERAKAS

 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pasukan Pencak Silat, Badminton dan Aquatics telah pulang ke tanah air selepas berada di Phnom Penh, Kemboja bagi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32.

 

Hadir bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah kepada kontinjen di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Pasukan Pencak Silat Wanita negara yang terdiri daripada Anisah Najihah binti Abdullah, Norleyermah binti Haji Raya dan Nur Wasiqah Aziemah binti Rosihan berjaya meraih pingat perak bagi acara Seni Regu Berpasukan Wanita dengan mengutip 9.925 mata.

 

Manakala, pasukan Pencak Silat Lelaki negara pula berjaya raih pingat gangsa melalui Mohammad Hazim bin Ramliee, Muhammad Haziq Aqwa bin Md Iman Safwan dan Md Ali Saifullah bin Haji Md. Suhaimi bagi acara Seni Regu Berpasukan Lelaki dengan markah 9.91 mata.

 

Sementara itu, pasukan Badminton negara telah beraksi di peringkat separuh akhir menentang Myanmar setelah mendapat undian Bye dalam acara Badminton Mixed Team.

 

Pasukan negara kalah 3 - 0 dengan kutipan mata bagi Kategori Mixed Doubles (7-21, 10-21), Men's Singles (14-21, 12-21) dan Women's Singles (2-21, 5-21).

 

Keputusan ini menempatkan Myanmar mara ke peringkat akhir. Manakala, Negara Brunei Darussalam dengan sendirinya meraih pingat gangsa bersama dengan Laos dalam acara Mixed Team (Special Event) yang disertai oleh lima negara membangun dalam sukan badminton iaitu Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Myanmar, Laos dan Timor Leste.

 

Ketika ditemui media, Anisah Najihah menjelaskan, mereka sepasukan telah menjalani latihan sejak tahun lepas, manakala latihan intensif dijalankan bermula awal tahun ini.

 

Menurutnya, antara cabaran yang mereka hadapi sepanjang perlawanan berkenaan adalah dalam mengekalkan rekod mereka memandangkan pada tahun sebelumnya pasukan tersebut juga berjaya meraih pingat perak.

 

Bagi Md Ali Saifullah pula, beliau mengakui bahawa mereka terpaksa akur berada dalam kedudukan ketiga setelah gagal memasuki peringkat akhir bagi menentang pasukan Indonesia.

 

Beliau menambah, mereka telah mencuba sedaya upaya dan membuat yang terbaik untuk ke peringkat seterusnya, namun rezeki untuk meraih pingat emas belum memihak kepada mereka.

 

"Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JBS kerana menaruh kepercayaan kepada kami dan juga ibu bapa serta penyokong-penyokong di Negara Brunei Darussalam. Atas sokongan mereka dan doa ibu bapa juga kami akan (terus) melakukan yang terbaik," katanya.

 

Sementara itu, atlet pasukan Badminton negara, Chang Huei Woo berharap sukan badminton di negara ini akan lebih berkembang maju dengan sokongan para pemain badminton kebangsaan dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

"Kami berharap akan mendapatkan lebih banyak pingat untuk negara bagi Sukan SEA di masa akan datang, malahan pada kejohanan-kejohanan lain," katanya.

 

Beliau berkata, pasukannya telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan sebagai persiapan bertanding di Sukan SEA dengan mengadakan perlawanan dengan komuniti badminton yang lain dan meminta bantuan jurulatih dari luar negara bagi memantapkan lagi permainan mereka.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly; serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, KKBS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41