Home > In The Court
Dihukum Denda, Penjara Akibat Miliki Barang Tegahan
May 25th, 2023 | 07:42 AM |
198 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat memiliki barang tegahan, seorang lelaki, warganegara tempatan, dijatuhkan hukuman denda BND485,150 atau 35 bulan penjara jika gagal membayar denda atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (b) Perintah Eksais, 2006.
Tertuduh, Dani bin Awang Damit mengaku bersalah dan hukuman dijatuhkan oleh Majistret Syaffina binti Shahif, di Mahkamah Majistret, di sini.
Dani (defendan) berumur 31 tahun, didakwa memiliki 483 karton, lapan paket dan 19 batang rokok pelbagai jenis, tiga unit 'vape' pelbagai jenis dan wang tunai berjumlah BND419.
Defendan ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Cawangan Daerah Brunei dan Muara di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan pada 31 Oktober 2022, jam 7.53 malam.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dan 'vape' dihukum rampas dan diserahkan ke kerajaan bagi tujuan dimusnahkan manakala wang tunai terlibat berjumlah BND336 dihukum rampas untuk diserahkan ke pihak kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]