Home > In The Court
Mengaku Bersalah Miliki Barang Tegahan
June 16th, 2023 | 08:47 AM | 1288 views
KUALA BELAIT
Mahkamah Majistret Kuala Belait menjatuhkan hukuman denda BND12,400 atau 12 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 kerana memiliki rokok tanpa permit yang sah.
Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Chung Ka Chai, warganegara Malaysia, di Mahkamah Majistret, Kuala Belait, hari ini.
Chung Ka Chai, berumur 20 tahun, mengaku bersalah dan didakwa memiliki 16 karton rokok pelbagai jenis dalam tangkapan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, di Bahagian Kenderaan Masuk Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 13 Jun 2023, jam 8.35 malam.
Semua barang-barang yang terlibat iaitu rokok pelbagai jenis yang terlibat dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]