Home > In The Court
Didenda Kerana Miliki Minuman Keras
June 16th, 2023 | 08:48 AM | 1471 views
TUTONG
Seorang lelaki warganegara Malaysia dijatuhkan hukuman denda BND5,000 atau 5 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 kerana memiliki minuman keras.
Tertuduh, Teo Hock Heng mengaku bersalah dan hukuman dijatuhkan di hadapan Majistret Syaffina binti Shahif, di Mahkamah Majistret Tutong, di sini.
Tertuduh berumur 64 tahun, didakwa memiliki 147 tin dan 36 botol minuman keras pelbagai jenis di sebuah rumah di kawasan Kampung Sengkarai Tutong semasa ditangkap oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja pada 13 November 2021, jam 11.14 pagi.
Semua barang-barang yang terlibat iaitu minuman keras pelbagai jenis dihukum rampas untuk diserahkan ke Kerajaan
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]