Home > In The Court
Didenda Kerana Miliki Barang Tegahan
June 24th, 2023 | 09:36 AM | 1894 views
TUTONG
Mahkamah Majistret Tutong menjatuhkan hukuman denda BND17,000 atau 13 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda bagi satu pertuduhan ke atas seorang lelaki warga tempatan.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman, di Mahkamah Majistret Tutong, di sini.
Tertuduh, Mohamad Yusri bin Suhaili mengaku bersalah di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 iaitu memiliki rokok berbagai jenis tanpa permit dan kebenaran yang sah.
Mohamad Yusri, berumur 37 tahun, didakwa memiliki 17 karton dan satu paket rokok pelbagai jenis di sebuah rumah di kawasan STKRJ Telisai Tutong semasa tangkapan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja, Cawangan Kuala Belait pada 27 Ogos 2022, jam 2.42 petang.
Semua barang-barang yang terlibat iaitu rokok berbagai jenis yang terlibat dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan bagi tujuan dimusnahkan
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]