Home > In The Court
Dipenjara 4 Tahun Akibat Dadah
July 14th, 2023 | 13:04 PM | 2140 views
BELAIT
Akibat memakan dadah, seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman empat tahun penjara hari ini.
Mohamad Ajilanie bin Suleiman mengaku bersalah dan didakwa memakan dadah terkawal Kelas A, Methylamphetamine di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid, menjatuhkan hukuman berkenaan di Mahkamah Majistret Belait, di sini.
Defendan ditangkap oleh para pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) pada 19 Disember 2022, kira-kira jam 7.55 malam di kawasan Jalan Derma Wangsa, Kampung Mumong Kuala Belait.
Defendan kemudian disiasat dan dibawa bagi menjalani ujian air kencing dan hasil ujian air kencing berkenaan mendapati positif dadah terkawal Kelas 'A', Methylamphetamine.
Defendan juga mempunyai rekod kesalahan yang lalu di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Abdul Wafi bin Haji Husain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]