FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihukum Denda Akibat Berkelakuan Tidak Senonoh


 


 July 25th, 2023  |  12:06 PM  |   1733 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda BND1,500 terhadap seorang warga tempatan pada Sabtu lalu kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai.

 

Defendan, Muhamad Sahrul Razi bin Japri, 24 tahun akan dipenjara enam minggu jika gagal membayar denda berkenaan dan kes sebutan lanjut akan diperdengarkan pada 5 Ogos 2023 untuk menyemak penyelesaian denda defendan.

 

Majistret Kanan, Hajah Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan keputusan berkenaan selepas defendan mengaku bersalah di atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

 

Mengikut pertuduhan, defendan melakukan perbuatan berkenaan pada 22 Mei 2022 kira-kira jam 11.51 pagi di sebuah bangunan komersial di Kiulap dimana defendan bertindak mendedahkan dan menggosok bahagian sulitnya telah dilihat oleh orang awam yang bekerja di kawasan berkenaan.

 

Defendan kemudian melarikan diri daripada kawasan berkenaan apabila seorang wanita mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar defendan.

 

Laporan polis kemudiannya dibuat pada hari yang sama dan pihak polis akhirnya  berjaya mengesan defendan.

 

Semasa menjatuhkan hukuman, Majistret Kanan Hajah Sufitriana menyatakan bahawa kesalahan seksual seperti yang dilakukan oleh defendan adalah tidak dibenarkan dan mahkamah perlu melindungi masyarakat daripada perbuatan terpesong yang dilakukan di khalayak ramai.

 

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan, Bab 22, mana-mana orang yang, sehingga mengganggu orang lain melakukan apa-apa perbuatan lucah di mana-mana tempat awam boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun dan denda minimum BND500 atau denda maksimum BND5,000.

 

Dalam kes sabitan kali kedua atau seterusnya, pesalah boleh menghadapi hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada BND1,000 dan tidak lebih daripada BND30,000.

 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04