FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihukum Penjara, Denda Akibat Kesalahan Rasuah


 


 August 6th, 2023  |  13:42 PM  |   1329 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda BND211,610 atau 25 bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

 

Yang Arif Majistret Syaffina binti Shahif menjatuhkan hukuman ke atas seorang warganegara Malaysia atas kesalahan yang bertentangan dengan Akta Pencegahan Rasuah, Bab. 131 dan Perintah Eksais, 2006.

 

Pada 2 Ogos 2023, Eric Wong See Heng (defenden), 25 tahun, mengaku bersalah kerana menawarkan suapan rasuah sebanyak BND1,000 atau BND2,000 kepada Pegawai Narkotik untuk mengelak daripada mengambil sebarang tindakan bagi penemuan barangan seludup, iaitu 266 barangan 'vape' di dalam keretanya di Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 27 Julai 2023.

 

Defendan adalah seorang penghantar bebas ('freelance runner') barangan 'vape' dari Miri, Sarawak ke Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Pada 27 Julai 2023, defendan memandu dari Miri ke NBD melalui Pos Kawalan Sungai Tujoh, Kuala Belait. Semasa di Pos Kawalan berkenaan, setelah selesai pemeriksaan imigresen, defendan diarahkan untuk meletakkan keretanya untuk pemeriksaan rutin oleh Pegawai Kawalan Narkotik terhadap kereta tertuduh.

 

Semasa pemeriksaan, terdapat beberapa kotak coklat bergam yang ditemui di dalam kereta defendan. Apabila disiasat, defendan menyatakan ia adalah barangan elektrik milik ibunya.

 

Kotak-kotak berkenaan kemudiannya dibawa ke Bilik X-ray untuk pemeriksaan lanjut. Apabila melihat penemuan barang tegahan berkenaan, defendan kemudiannya secara rasuah menawarkan Pegawai Narkotik berkenaan dengan mengeluarkan perkataan berikut kepadanya – “Boleh minta tolong kah? Lepaskah apa? Kasi angpaw 1,000 atau 2,000" dan kemudian menepuk poket seluar kirinya.

 

Biro Mencegah Rasuah (BMR) dimaklumkan oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) mengenai kejadian yang disebutkan di atas pada hari yang sama. BMR selepas itu menyiasat defendan semasa kejadian dan dia secara rasuah menawarkan suapan wang kepada Pegawai Narkotik berkenaan yang merupakan ejen badan awam, iaitu BKN.

 

Semasa penyiasatan dibuat didapati defendan membuat tawaran sedemikian untuk dilepaskan daripada kesalahan menyeludup sejumlah besar barangan tegahan, iaitu barangan 'vape', ke NBD, yang beliau tahu ketika itu adalah menyalahi undang-undang.

 

Tertuduh kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk siasatan dijalankan ke atas 266 barangan 'vape' yang ditemui dalam kenderaannya.

 

Mengikut siasatan, jumlah duti eksais yang dielakkan bagi barangan berkenaan ialah BND 21,161.

 

Semasa siasatan, didapati defendan memasukkan kesemua kotak yang mengandungi 'vape' dan barangan berkaitan 'vape', yang diambilnya daripada pelbagai kedai di Miri, Sarawak, ke dalam keretanya untuk dihantar kepada pelanggan di NBD.

 

Hasil siasatan juga mendapati defendan akan menerima bayaran untuk perkhidmatan penghantarannya dan mengaku menghantar barangan berkaitan 'vape' dan 'vape' kepada pelanggan di NBD sejak lima hingga enam bulan lalu.

 

Secara purata, defendan menerima BND1,600 hingga BND2,000 untuk perkhidmatannya. Semasa siasatan, pegawai JKED juga menemui sejumlah wang, yang terdiri daripada pelbagai mata wang di dalam beg defendan.

 

Oleh kerana defendan menyatakan tidak mampu membayar denda, mahkamah memerintahkan defendan untuk menjalani hukuman penjara itu berturut-turut, menjadikan hukuman penjara selama 37 bulan.

 

Perbicaraan berkenaan disidangi oleh Yang Arif Majistret Syaffina binti Shahif manakala Pegawai Pendakwa dan Pendakwa Raya diwakili oleh Pegawai Pendakwa Raya Khalillah binti Hussin dari Pejabat Peguam Negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04