Home > In The Court
Dihukum Penjara, Sebat Akibat Perbuatan Tidak Senonoh
August 9th, 2023 | 11:26 AM | 983 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat melakukan perbuatan tidak senonoh, seorang lelaki tempatan (abang angkat) yang bertindak melakukan amang seksual fizikal terhadap adik angkatnya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan lapan bulan serta tiga kali sebatan kerana didakwa dengan dua pertuduhan oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Hakim Harnita Zelda Skinner membuat keputusan berkenaan selepas defendan yang berusia 26 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan kedua.
Mengikut kertas pertuduhan, defendan didakwa melakukan kesalahan pada 26 Julai 2023.
Defendan dituduh mengikut Seksyen 377 (2), Bab 22, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 15 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebat tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Prosiding yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabila binti Haji Ahmad Ghazali memohon hukuman setimpal dan sebatan dikenakan mengambil kira mangsa adalah kanak-kanak.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dari tarikh defendan ditangkap pada 31 Julai 2023.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]