Home > In The Court
Miliki Rokok, Vape : Lelaki Warga Asing Didenda
August 11th, 2023 | 10:44 AM | 2535 views
KUALA BELAIT
Seorang lelaki warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND10, 000 atau 10 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006.
Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Saiful Vristanto, 29 tahun di Mahkamah Majistret, Kuala Belait, hari ini. Defendan mengaku bersalah dan didakwa memiliki 20 karton rokok pelbagai jenis dan satu unit 'vape'.
Defendan ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Cawangan Kuala Belait di dua buah rumah di kawasan Mumong dan kawasan Jalan Kerma Negara Kuala Belait pada 28 Mac 2023, jam 10.36 malam.
Bagi pertuduhan pertama, kesalahan memiliki sembilan paket rokok pelbagai jenis dan satu unit 'vape' di jatuhkan hukuman denda sebanyak BND5,000 atau lima bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Manakala bagi pertuduhan kedua, bagi kesalahan memiliki 11 paket rokok berbagai jenis dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND5,000 atau lima bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda tersebut. Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dan 'vape' dihukum rampas untuk diserahkan ke pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]