FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Langgar Lari : Pemandu Dipenjara 10 Bulan


 


 August 16th, 2023  |  07:59 AM  |   4851 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan langgar lari menyebabkan kecederaan.

 

Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman terhadap defendan, Awang Mohammad Emir Danial bin Sabollah selepas mengaku bersalah.

 

Menurut kenyataan kes, defendan telah pergi ke rumah Awang Mohammad Yassin bin Muhammad Sufri pada 25 Julai 2023 yang terletak di Kampung Jangsak.

 

Semasa dalam perjalanan, defendan ternampak sepasang suami isteri dan anak sedang memberikan isyarat kepada defendan untuk memberhentikan keretanya akan tetapi defendan tidak menghiraukannya dan meneruskan perjalanan sehingga isteri kepada pasangan itu ketepi untuk mengelak daripada dilanggar.

 

Namun suami dan anaknya masih berada di hadapan kereta defendan. Defendan dengan senghaja meneruskan perjalanan sehingga menyebabkan suami dan anaknya dilanggar.

 

Pelanggaran tersebut menyebabkan suami dan anaknya terjatuh di atas enjin kereta defendan. Menyedari akan kejadian tersebut, defendan mengundurkan keretanya dan kemudian memecut ke hadapan dan senghaja menekan brek kereta secara mengejut menyebabkan suami dan anak tersebut terjatuh di sebelah kanan kereta defendan.

 

Defendan kemudiannya memecut kereta ke jalan utama dan terus ke Kampung Tamoi untuk menemui kawannya.​

 

Suami isteri tersebut terus menghubungi pihak polis dan melaporkan mengenai kejadian tersebut dan mereka seterusnya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

 

Pihak polis kemudiannya melakukan pencarian untuk mengesan defendan dan berjaya menahan defendan pada 3 Ogos 2023 di sebuah rumah di Perumahan Rimba Awam Gadong.

 

Semasa siasatan polis dijalankan, didapati pasangan itu pergi ke rumah di Kampung Jangsak untuk menjual emas kepada Awang Mohammad Yassin bin Muhammad Sufri tetapi sebaliknya telah ditipu.

 

Awang Mohammad Yassin bin Muhammad Sufri berjaya meloloskan diri sebelum pasangan itu sempat menghalangnya menyebabkan pasangan itu cuba mendapatkan bantuan daripada defendan untuk mengesannya, sebagaimana mereka terlihat kereta defendan menuju ke rumah di Kampung Jangsak tersebut.

 

Siasatan juga mendedahkan bahawa defendan tidak mempunyai lesen memandu sah. Malah, dia tidak pernah memegang lesen memandu.

 

Dalam rekod, defendan tidak pernah disabitkan kesalahan lalu lintas jalan raya. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalilah binti Hussin.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41