Home > In The Court
Pemalsuan Dokumen, Tipu : Lelaki Tempatan Dipenjara
August 20th, 2023 | 12:11 PM | 4349 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Perantaraan, hari ini, atas dua pertuduhan memalsukan dokumen dan dua pertuduhan menipu.
Defendan, Mohd. Salihin bin Abdullah Gampar, berusia 53 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan Jurubahasa Mahkamah di hadapan Hakim Harnita Zelda Skinner.
Defendan didakwa telah memalsukan beberapa dokumen penerimaan dan sebut harga Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kejadian pada 9 dan 10 Februari 2016.
Selain itu, defendan juga menipu Syarikat Delima Laut pada 10 Februari 2016, dengan memperdaya pekerja syarikat tersebut untuk mempercayai bahawa tawaran kepada syarikat itu bagi membekalkan 'printer toner cartridges' diterima oleh JKR.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Haji Abdul Rahman manakala defendan diwakili oleh DC Ahmad Basuni bin Haji Abbas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]