FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Seorang Pekerja Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Berdepan Hukuman


 


 August 21st, 2023  |  12:33 PM  |   5717 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang pekerja pusat penjagaan kanak-kanak  yang berumur 18 tahun akan berdepan hukuman denda dan penjara setelah mengaku bersalah kerana mencederakan seorang anak damit perempuan yang berusia satu tahun dalam jagaannya.

 

Hakim Mahkamah Perantaraan, Hajah Hazarena binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Abu Hurairah akan menjatuhkan hukuman tersebut pada 31 Ogos ini dan memerintahkan defendan direman.

 

Defendan, seorang wanita tempatan dengan identitinya dirahsiakan untuk perlindungan anak damit berkenaan, mengaku bersalah atas pertuduhan yang telah dibacakan.

 

Mengikut pertuduhan bahawa defendan mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

 

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi, defendan telah menyebabkan kecederaan parah pada bahagian sulit mangsa semasa membersihkan anak damit berkenaan di bilik air pusat penjagaan tersebut pada 30 Januari lalu.

 

Pertuduhan mengikut Seksyen 28(1) Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Penggal 219, menyatakan bahawa mana-mana orang, yang menjaga kanak-kanak atau orang muda, mendera, menyerang, mengabaikan, meninggalkan atau mendedahkan kanak-kanak itu dalam cara yang mungkin menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkan mereka didera, diserang, diabaikan, ditinggalkan atau didedahkan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi BND20,000, penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dengan sebat tidak melebihi 10 sebatan, atau kedua-duanya.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41