FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihadapkan Ke Mahkamah Majistret Atas 2 Pertuduhan Rasuah


 


 September 8th, 2023  |  11:40 AM  |   4086 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan di bawah Bab 6(b) Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131. Jiang Zhi Jun (defendan) berumur 50 tahun, merupakan warga China mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

 

 Pertuduhan terhadap defendan bermula selepas Biro Mencegah Rasuah (BMR) menerima laporan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei berhubung seorang warga asing yang menawarkan wang berjumlah BND325 kepada tiga anggota polis sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana disyaki melakukan kesalahan lalu lintas jalan raya.

 

 Siasatan yang dijalankan oleh BMR mendapati pada 2 September 2023, kira-kira jam 08:25 pagi, defendan sedang memandu keretanya ke tempat kerjanya di Jeti Selatan, Pulau Muara Besar apabila defendan didapati oleh dua anggota polis yang sedang meronda, memandu tanpa memakai tali pinggang keselamatan dan juga menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

 

Kedua-dua anggota polis tersebut menjelaskan kepada defendan mengenai kesalahan yang dilakukannya di bawah Akta Lalulintas Jalan Raya.

 

Defendan kemudian menawarkan BND200 kepada dua anggota polis berkenaan sebagai dorongan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya tetapi apabila anggota polis itu menolak wang tersebut, dia malah menambah BND50 lagi tetapi masih ditolak oleh dua anggota polis berkenaan.

 

Perkara ini segera dilaporkan kepada pegawai atasan kedua-dua anggota polis berkenaan yang kemudiannya datang ke tempat kejadian.

 

Apabila anggota polis ketiga tiba di tempat kejadian, defendan turut menawarkan wang berjumlah BND75 kepadanya sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan lalu lintas jalan raya yang dilakukannya.

 

Defendan seterusnya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat dan perkara tersebut kemudiannya dilaporkan ke Biro Mencegah Rasuah untuk siasatan lanjut.

 

 Defendan dihadapkan ke Mahkamah dan didakwa atas dua pertuduhan di bawah Bab 6(b) Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131, kerana menawarkan BND 250 dan BND 75 kepada tiga anggota polis yang mana defendan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan-pertuduhan tersebut.

 

 Majistret Syaffina binti Shahif menetapkan 21 September 2023 untuk sebutan lanjut kes ini bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

 

 Sementara itu, defendan kini direman di Penjara Maraburong setelah Timbalan Pendakwa Raya Syafina binti Abdul Hadzid membuat bantahan untuk defendan dibebaskan dengan ikat jamin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41