FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dipenjara, Sebat Kerana Melanggar Akta Imigresen


 


 September 8th, 2023  |  11:45 AM  |   4196 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Akibat tinggal lebih masa, seorang lelaki warganegara Indonesia, dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara dan empat kali sebatan, di Mahkamah Majistret, hari ini.

 

 Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni menjatuhkan hukuman tersebut setelah Siswohadi, berumur 44 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen, Penggal 17.

 

 Siswohadi didakwa melakukan kesalahan kerana tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam bagi tempoh selama 2924 hari setelah Pas Kerjanya mansuh pada 3 September 2015.

 

 Pada 5 September 2023, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) menjalankan Operasi Sakat di sebuah rumah sewa yang terletak di kawasan Kampung Tungku Gadong.

 

 JIPK menjalankan siasatan, di mana mendapati bahawa defendan kali terakhir memasuki ke negara ini pada 2 Julai 2012 di bawah tajaan sebuah Syarikat Pemborong Wataniah Sdn Bhd sebagai buruh.

 

 Siasatan juga mendapati bahawa defendan adalah pekerja yang dilaporkan lari daripada majikan dalam senarai sistem imigresen.

 

 Pas Kerja defendan dilanjutkan 2 Julai 2015 sehingga 2 September 2015. Walau bagaimanapun, selepas itu defendan melarikan diri daripada majikannya dan memulakan pekerjaan secara tidak sah (haram).

 

 Dalam rekod, ini merupakan kesalahan pertama defendan, di bawah Akta Imigresen.

 

Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya, di JIPK, Mohd. Zul Azri bin Haji Ranee.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41