FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


NBD - Thailand Tingkat Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 October 11th, 2023  |  13:24 PM  |   254 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi Majlis Perjumpaan Dua Hala bersama Perdana Menteri Kerajaan Thailand, Tuan Yang Terutama Srettha Thavisin, berlangsung di Baitul Mesyuarah, Istana Nurul Iman selepas Majlis Mengadap.

 

Berangkat sama ke Majlis Perjumpaan Dua Hala berkenaan ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Semasa Majlis Perjumpaan Dua Hala berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah, yang mana baginda mengalu-alukan Tuan Yang Terutama dan delegasi yang buat pertama kali mengadakan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam (NBD) dan seterusnya menzahirkan ucapan tahniah kepada TYT atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Thailand.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyifatkan bahawa lawatan TYT mencerminkan hubungan erat yang sekian lama terjalin antara NBD dan Thailand, dan baginda melahirkan kegembiraan bagi kedua-dua buah negara yang akan menyambut ulang tahun hubungan diplomatik ke-40 pada tahun depan.

 

Sebelum mengakhiri titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap untuk bekerjasama rapat dengan TYT dalam mempertingkatkan lagi hubungan muhibah dan persahabatan antara kedua-dua buah negara dan rakyatnya.

 

Akhir sekali, mengenai konflik yang berterusan di Timur Tengah, Kebawah DYMM menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga dan komuniti yang kehilangan orang-orang yang tercinta, dan melahirkan harapan agar masyarakat antarabangsa boleh melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa yang tidak bersalah.

 

Dalam ucapan balasnya, TYT Srettha Thavisin menzahirkan kegembiraan dengan hubungan mesra yang terjalin antara Kerajaan Thailand dan NBD.

 

Thailand dan NBD juga akan meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 hubungan diplomatik pada tahun depan.

 

Menurut TYT, Thailand dan NBD mempunyai kerjasama yang baik, iaitu antara Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dan EXIM Bank serta Government Pension Fund of Thailand.

 

TYT seterusnya berharap untuk melihat lebih banyak kerjasama pelaburan daripada BIA dari segi perkhidmatan, pelancongan, pengangkutan dan infrastruktur.

 

Semasa Majlis Perjumpaan berkenaan, perbincangan juga turut menyentuh mengenai kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, keselamatan makanan, pertanian, perikanan, pendidikan, pelancongan, kesihatan, pertukaran antara rakyat, serta penerokaan pelbagai peluang pelaburan masa akan datang dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama kepada kedua-dua buah negara.

 

NBD dan Thailand mempunyai hubungan dan persahabatan yang erat sejak menjalinkan hubungan diplomatik pada 1 Januari 1984.

 

Kedua-dua buah negara juga bekerjasama secara meluas dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama termasuk perdagangan, pertanian, pendidikan, kesihatan, pertahanan, buruh dan pertukaran antara rakyat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10